• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) —  Bursa Malaysia meneruskan aliran menaik Jumaat minggu lepas untuk dibuka tinggi pada urus niaga pagi Isnin ini dengan mencatatkan keuntungan secara menyeluruh, dirangsang oleh sentimen kukuh yang telah berjaya menarik lebih banyak minat belian.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.27 mata atau 0.35 peratus kepada 1,523.30 berbanding 1,518.03 pada penutupan petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 1.96 mata lebih tinggi pada 1,519.99.

Pergerakan harga di pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 294 berbalas 133, sementara 270 kaunter tidak berubah, 1,511 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 350.29 juta saham bernilai RM127.17 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, kestabilan politik berikutan pelantikan Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin boleh mendorong sentimen positif tetapi risiko masih ada kerana peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Ismail mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan Malaysia di Istana Negara pada Sabtu.

Sementara itu, pelabur akan terus memantau kadar inflasi Malaysia untuk bulan Julai yang akan diumumkan pada Rabu.

Bagi komoditi pula, minyak sawit mentah kini diniagakan di bawah zon paras paling tinggi sepanjang masa sementara minyak mentah Brent berlegar di bawah paras US$66 setong.

“Para pelabur juga akan fokus pada sektor teknologi susulan lonjakan di Nasdaq Jumaat lepas.

“Selain itu, tumpuan akan diberikan juga pada sektor bertemakan pemulihan seperti pembinaan, hartanah, pengangkutan, logistik dan berkaitan pengguna,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Pada penutupan urus niaga pada Jumaat, pasaran saham AS pulih daripada penyusutan yang dicatatkan baru- baru ini dengan Dow menambah 0.7 peratus, didorong oleh kegiatan membeli saham murah.

Sementara pagi ini di pasaran domestik, saham berwajaran tinggi Maybank, CIMB dan Sime Darby Plantation masing-masing naik lima sen kepada RM8.17, RM4.69 dan RM3.97.

Public Bank meningkat dua sen kepada RM3.94, IOI empat sen lebih tinggi pada RM3.80, sementara Digi dan Genting Malaysia masing-masing naik tiga sen kepada RM4.34 dan RM2.81.

Sementara itu, Genting Bhd turun tiga sen kepada RM4.71, sementara Top Glove dan MR D.I.Y masing-masing lega satu sen kepada RM3.79 dan RM3.88.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy susut 3.5 sen kepada 15.5 sen, MMAG meningkat dua sen kepada 15 sen, Malayan United Industries jatuh satu sen kepada 8.5 sen dan Avillion naik satu sen kepada 19 sen.

 Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 47.74 mata kepada 11,115.70, Indeks FBMT 100 menambah 45.35 mata kepada 10,865.99, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 48.58 mata kepada 12,266.09, FBM 70 naik 91.52 mata kepada 14,690.37, dan FBM ACE meningkat 79.24 mata pada 7,225.60.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 44.98 mata kepada 6,461.36, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 66.98 mata kepada 14,909.85, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.60 mata kepada 188.86.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In