• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada dagangan Khamis, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street yang suram.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.16 mata kepada 1,521.08 daripada paras 1,525.24 pada akhir dagangan Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.56 mata lebih rendah kepada 1,524.68. 

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 230 berbanding 113 manakala 252 kaunter lain tidak berubah, 1,603 tidak diniagakan dan tujuh kaunter lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 230.04 juta unit bernilai RM90.29 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata para pelabur akan memantau perkembangan mengenai pelantikan perdana menteri baharu serta pembentukan kerajaan seterusnya sebelum memutuskan pilihan pelaburan masing-masing.

Pada masa sama, terdapat peniaga yang berkemungkinan besar menumpukan aspek pemulihan sektor-sektor ekonomi berkaitan susulan pelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara membabitkan negeri-negeri dalam Fasa Dua, kata firma pembrokeran itu.

 Menurutnya, minat belian lebih terarah kepada saham sarung tangan selepas angka kes harian COVID-19 mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 22,242 kes pada Rabu.

“Kami juga percaya sektor-sektor yang terbabit dalam pemulihan seperti pembinaan, bahan binaan dan hartanah akan mendapat tarikan berikutan kelancaran usaha pemberian suntikan vaksin,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Hong Leong Bank naik enam sen kepada RM18.38, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.79, Maybank dan Petronas Chemicals susut empat sen masing-masing pada RM8.10 dan RM7.95, Public Bank turun dua sen kepada RM3.92 dan TNB susut lima sen kepada RM9.84. 

Bagi saham aktif,  Avillion menokok satu sen kepada 20 sen, Sedania Innovator naik 4.5 sen kepada 80.5 sen, AppAsia meningkat setengah sen kepada 17.5 sen, KNM tidak berubah pada 21 sen manakala Advance Synergy susut 1.5 sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, FBM ACE naik 3.89 mata kepada 7,115.88, Indeks FBM Emas susut 26.35 mata kepada 11,121.61, Indeks FBM Emas Shariah turun 22.51 mata kepada 12,240.24, Indeks FBMT 100 berkurangan 28.04 mata kepada 10,836.21 manakala FBM 70 turun 31.48 mata kepada 14,595.87.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.46 mata kepada 190.14, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 48.75 mata kepada 14,810.28 manakala Indeks Perladangan naik 18.32 mata kepada 6,412.18.  

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In