Tak biasa dengan market di Wall Street, tapi nak cuba. Saham apa yang bagus?
Pasaran Saham Wall Street merupakan pasaran saham terbesar dunia dan banyak syarikat-syarikat gergasi dunia juga tersenarai di pasaran ini.
Sumber: Islamicly
Menurut Islamicly, daripada keseluruhan saham syarikat yang didagangkan di Wall Street, hampir 40% daripadanya adalah saham patuh syariah.
Di Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 6,000 saham syarikat yang didagangkan tidak termasuk instrumen lain seperti ETF, REIT dan lain-lain.
Jika 40% daripada 6,000 saham ini adalah patuh syariah, ini bermakna lebih daripada 2,000 saham di Amerika Syarikat merupakan saham yang patuh syariah.
Daripada saham-saham ini pula, ada saham di Amerika Syarikat digelar saham FAANG yang merujuk kepada saham syarikat yang menguasai pasaran perniagaan mereka.
Apa Itu Saham FAANG?
FAANG merupakan akronim yang merujuk kepada lima saham syarikat teknologi yang terkenal di Amerika Syarikat seperti:-
- Facebook (FB)
- Amazon (AMZN)
- Apple (AAPL)
- Netflix (NFLX)
- Alphabet (GOOG), dulunya dikenali sebagai Google
Menurut Jim Cramer, akronim FAANG ini asalnya hanya FANG dan akronim A yang kedua ditambah pada tahun 2017 bagi merujuk kepada syarikat Apple.
Saham syarikat yang tergolong dalam kategori FAANG ini juga merupakan antara saham syarikat yang terbesar dunia dengan gabungan nilai pasaran kelima-lima syarikat ini mencecah hampir USD5.6 trilion setakat bulan Ogos 2020.
Pertumbuhan syarikat dan peningkatan harga saham FAANG baru-baru ini disebabkan oleh pembelian yang dibuat oleh pelabur besar yang berpengaruh seperti:-
- Berkshire Hathaway (BRK)
- Soros Fund Management
- Renaissance Technologies
Selain tiga institusi diatas, banyak lagi pelabur institusi yang lain yang mempunyai saham FAANG dalam portfolio pelaburan mereka atas sebab kekuatan, pertumbuhan dan momentum yang ada pada saham-saham FAANG ini.
Saham-saham FAANG ini didagangkan di Nasdaq termasuk dalam indeks S&P 500 di Amerika Syarikat. S&P 500 pula merupakan cerminan keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat atas sebab komponennya terdiri daripada pelbagai syarikat yang ada di Amerika Syarikat.
Saham-saham FAANG ini pula mewakili 15% daripada keseluruhan S&P 500 dan ianya merupakan jumlah yang besar memandangkan indeks S&P 500 ini dipandang sebagai proksi kepada keadaan ekonomi Amerika Syarikat secara menyeluruh.
Baca: Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P dan Nasdaq?
Mari kita lihat syarikat yang disenaraikan sebagai saham FAANG ini.
Facebook Inc
Facebook merupakan syarikat media sosial terbesar dunia dan juga merupakan pemilik kepada beberapa syarikat lain seperti Instagram, Messenger, WhatsApp dan juga Oculus.
Harga seunit saham Facebook adalah sekitar USD350 dan mempunyai nilai pasaran bernilai USD 990.3 bilion.
Menurut saringan daripada Ideal rating, saham Facebook merupakan saham yang patuh syariah dan sesuai untuk pelabur muslim.
Amazon.com Inc
Amazon.com pula merupakan antara syarikat e-commerce yang terbesar di dunia. Syarikat ini menawarkan platform dagangan maya disamping mengeluarkan produk mereka sendiri untuk dijual kepada pelanggan mereka.
Bukan itu sahaja, Amazon juga mempunyai perniagaan makanan dan kesihatan menerusi anak syarikat mereka.
Harga seunit saham Amazon adalah sekitar USD3366 dan nilai pasaran syarikat ini adalah bernilai USD1.7 trilion.
Untuk status patuh syariah saham ini, menurut Ideal Rating saham syarikat Amazon ini tidak memenuhi kriteria patuh syariah yang ditetapkan dan memutuskan ianya tidak patuh syariah.
Apple Inc
Apple Inc pula merupakan syarikat pengeluar telefon pintar dan komputer persendirian yang sangat popular di dunia. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga mempunyai produk lain seperti:-
- Apple TV
- Tablet
- Apple Watch
- Storan digital
Tidak terhenti disitu, Apple dikabarkan sedang dalam proses penyelidikan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik mereka yang dijangka bakal dikeluarkan tiga atau empat tahun lagi.
Harga seunit saham Apple adalah sekitar USD147 dan nilai pasaran terkini syarikat ini bernilai USD2.4 trilion.
Ideal Rating telah menetapkan saham syarikat Apple sebagai saham patuh syariah yang didagangkan di pasaran saham Wall Street.
Netflix Inc
Netflix merupakan antara syarikat penyedia rangkaian televisyen internet yang terbesar dunia. Bermula hanya sebagai syarikat penyewaan pita dan DVD filem dulunya, kini syarikat ini mempunyai pelanggan daripada 190 negara yang melanggan perkhidmatan mereka.
Harga seunit saham Netflix adalah sekitar USD 510.82 dan nilai pasaran terkini sekitar USD 226.08 bilion.
Saham Netflix juga tidak memenuhi kriteria sebagai saham patuh syariah oleh Ideal rating dan ianya tidak sesuai untuk pelabur Muslim.
Alphabet Inc Class C (GOOG)
Alphabet Inc yang dulunya dikenali sebagai Google merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan melalui Google Services, Google Cloud dan Other Bets.
Saham Alphabet Inc ini sedikit unik berbanding saham lain kerana ianya tergolong sebagai saham “Dual Class” di Wall Street.
Baca: Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
Harga saham ini adalah USD2725.60 seunit dan mempunyai nilai pasaran bernilai USD 1.809 trilion setakat artikel ini ditulis.
Saham Alphabet Inc Class C merupakan saham patuh syariah menurut saringan daripada Ideal Rating.
Nampak gayanya, saham FAANG yang paling mampu milik setakat ini adalah saham Apple Inc dan satu unit saham Apple ini lebih murah daripada sebijik iPhone 12.
Dengan harga produk daripada Apple ini, pelabur sebenarnya boleh membeli lebih daripada 2 unit saham syarikat ini.
Kalau dah biasa jadi pengguna, apa kata kita jadi pemilik syarikat Apple pula lepas ni.
Sumber: Investopedia
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet