• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

RHB Investment Bank Naikkan Saranan Duopharma Biotech Kepada ‘Beli’

in Catalyst
A A
Duopharma Dapat Lanjutan Bekal Produk Insulin Selama Setahun

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — RHB Investment Bank Bhd meningkatkan saranan Duopharma Biotech Bhd kepada ‘beli’, berdasarkan penilaian semasanya yang rendah.

“Walaupun harga saham rendah baru-baru ini, kami percaya syarikat itu pada asasnya kukuh dan paras semasa memberikan harga yang menarik kepada pelabur,” menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Syarikat farmaseutikal itu melaporkan semalam bahawa keuntungan bersihnya pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2021, naik kepada RM15.39 juta daripada RM14.73 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM155.44 juta daripada RM143.33 juta sebelum ini, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

RHB Investment Bank berkata keuntungan bersih teras Duopharma untuk separuh pertama tahun ini sebanyak RM33.5 juta mewakili 45-49 peratus daripada anggaran konsensus tahun penuh.

Perolehan meningkat 7.0 peratus tahun ke tahun, disokong oleh permintaan yang terus kukuh untuk produk penjagaan kesihatan pengguna dalam persekitaran pandemik COVID-19.

“Melangkah ke separuh kedua tahun ini, kami menjangka syarikat akan mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh berikutan preskripsi ubat-ubatan yang pulih dalam sektor swasta dan awam,” katanya.

Sementara itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saranan ‘tambah’ ke atas saham dengan harga sasaran yang rendah sebanyak RM3.16 selepas mengambil kira potensi prospek pendapatan jangka panjang daripada pembangunan keupayaan pembuatan vaksin.

“Kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) untuk vaksin Sputnik V COVID-19 dan pelaksanaan perjanjian pembekalan kerajaan seterusnya menjadi pemangkin kepada penarafan semula untuk tempoh terdekat, dalam pandangan kami.

“Risiko penurunan utama termasuklah permintaan farmaseutikal domestik dan eksport yang lebih rendah daripada jangkaan serta kos input yang tinggi,” katanya.

DCA baru-baru ini memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan kecemasan vaksin Sinopharm COVID-19, dengan Duopharma memegang pendaftarannya.

CGS-CIMB Securities berkata pihaknya tidak mengambil kira sumbangan daripada vaksin Sinopharm COVID-19 dalam unjurannya berikutan rundingan mengenai jumlah dos untuk diagihkan kini diperuntukkan untuk sektor swasta dan sedang dijalankan.

“Kami tidak memasukkan sumbangan daripada vaksin Sputnikv COVID-19 buat masa ini, yang mengurangkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2021 sebanyak 21.6 peratus, berikutan vaksin tersebut belum mendapat kelulusan yang diperlukan daripada DCA untuk perjanjian pembekalan.

“Kami turut mengurangkan andaian margin kasar kami, membawa kepada pengurangan 13.1-13.7 peratus dalam unjuran EPS kami untuk tahun kewangan 2022-2023,” katanya.

— BERNAMA

Share309ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In