• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Lebih 400,000 Jutawan Baru Hasil Daripada Pelaburan Saham Di Wall Street

in Saham Global
A A
Lebih 400,000 Jutawan Baru Hasil Daripada Pelaburan Saham Di Wall Street
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Sumber :

Dalam kehidupan seorang manusia, mereka akan diajar supaya menjadi insan yang bijak dan berguna untuk keluarga dan masyarakat. Apatah lagi jika kita menjadi sebagai seorang pelabur di pasaran saham, memiliki mindset pelabur bijak bukan lagi satu pilihan tetapi adalah asas untuk berjaya.

Tanpa ilmu ini, peluang kerugian terlalu besar manakala peluang untuk meraih potensi keuntungan yang dihasratkan akan jauh lebih tipis.

Pelabur bijak akan sentiasa mencari ruang & peluang untuk meraih potensi keuntungan. Salah satu kaedah atau strategi yang amat penting dan perlu ada bagi setiap pelabur adalah Asset Allocation.

Asset Allocation ini akan menjadikan pelabur lebih bijak untuk mengagihkan dana pelaburan dari aset pelaburan yang kurang berprestasi kepada aset yang berprestasi tinggi. Dengan cara ini, seseorang pelabur akan mampu mengimbangi kerugian yang mungkin dihadapi.

Harus diingat, kaedah ini bukan terhad kepada sektor industri tempatan. Ianya dapat digunakan bagi mengalihkan dana kepada sektor industri luar negara. Kini dengan dunia digital, pelaburan rentas sempadan malah rentas benua bukan lagi satu faktor penghalang utama.

Semuanya dapat dilakukan dihujung jari dengan menggunakan platform yang betul.

Banyak yang mengetahui pasaran saham tempatan di Malaysia masih dalam tekanan sejak berlakunya pandemik, ditambah lagi dengan kemelut politik yang mampu merunsingkan keadaan pasaran.

Keadaan sedemikian adalah amat mencabar dan kita seharusnya membuat pilihan dan keputusan untuk mengalihkan sebahagian dana pelaburan kedalam pasaran yang lebih positif. Sebagai contoh pasaran global di Wall Street.

Sumber :

Melihat dari sumber carta diatas, pasaran S&P 500 sedang dan kekal membuat fasa menaik uptrend, manakala pasaran KLCI pula dapat dilihat masih mengalami tekanan sejak tahun 2018.

Terkini KLCI sedang bergelut untuk mengekalkan diatas paras 1,450 bagi mengelakkan tujahan kebawah.

Pelabur bijak sudah tentu melihat gambaran carta diatas sebagai satu peluang untuk mengalihkan sebahagian dana pelaburan untuk diagihkan kedalam saham-saham yang patuh syariah di Wall Street. Cara ini akan mampu mengimbangi portfolio yang kurang berprestasi positif.

Pada masa lalu, faktor utama untuk tidak ke pasaran Wall Street adalah kos transaksi yang kurang menarik. Tetapi kini faktor tersebut telah mampu diatasi dengan adanya broker seperti MIDF yang menawarkan kos transaksi pelaburan global yang amat kompetitif.

Jadi halangan tersebut sudah mampu diketepikan dan rasanya tiada alasan untuk kita meneroka pasaran Wall Street.

Salah satu kemungkinan alasan yang kita tidak bersedia ke Wall Street mungkin dari segi ilmu pelaburan. Untuk mengatasi masalah ini, The Kapital ada menawarkan program pelaburan ke Wall Street dengan harga mampu milik, tetapi ilmu yang besar serta mudah difahami dan di aplikasi.

Kalau itu pun belum cukup untuk kita meneroka pasaran Wall Street, mari kita lihat fakta terkini.

Menurut data dari Van Tharp Institute, sejak indeks pasaran S&P 500 melepasi 52-week high pada Ogos 2020, ianya telah mampu menghasilkan lebih 457,000 jutawan hingga Julai 2021.

Adakah kita tidak layak untuk menjadi sebahagian dari 457,000 golongan jutawan ini? Mari sama-sama mantapkan ilmu pelaburan untuk meraih pulangan yang diimpikan.

Artikel ini ditulis oleh Tuan Mukhriz Mangsor, seorang pelabur tegar Wall Street yang menetap di negara Brunei.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share526ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In