• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kerugian Suku Kedua DRB-Hicom Susut Kepada RM217.5 Juta

in Market Update
A A
DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM47.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — DRB-HICOM Bhd mencatat kerugian lebih rendah pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 kepada RM217.25 juta berbanding RM306.08 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Selasa, kumpulan itu berkata perolehan hasilnya meningkat kepada RM2.62 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini.

Perolehan hasil bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2021 (separuh pertama 2021) menokok 29.4 peratus kepada RM6.13 bilion daripada RM4.74 bilion bagi tempoh sama, sebelum ini.

Hasil segmen automotif DRB-HICOM bagi separuh pertama 2021 melonjak 52 peratus kepada RM4.35 bilion berbanding RM2.87 bilion pada tempoh sama 2020 biarpun mengalami tekanan jualan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini terutamanya disebabkan oleh jualan kenderaan oleh pengeluar automotif nasional Proton dan jenama lain di bawah kumpulan selain hasil daripada syarikat-syarikat pembuatan dan kejuruteraan seperti PHN Industry Sdn Bhd dan HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd. 

“Bagi suku kedua 2021, hasil yang diperolehi berjumlah RM1.78 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM721 juta atau 68 peratus berbanding tempoh sama pada 2020,” katanya.

Menurut DRB-HICOM, perolehan hasil segmen perkhidmatannya bagi suku kedua 2021 susut sebanyak sembilan peratus tahun ke tahun kepada RM791.83 juta berikutan penurunan hasil yang diraih oleh Pos Malaysia.

“Bagi separuh pertama 2021, hasil sektor berkenaan berjumlah RM1.66 bilion (separuh pertama 2020: RM1.70 bilion),” katanya.

Selain itu, sumbangan projek-projek pembangunan hartanah DRB-HICOM yang rendah menyebabkan hasil sektor berkenaan merosot 28 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menurutnya, bagi suku kedua 2021, sektor tersebut mencatat hasil sebanyak RM54.91 juta (suku kedua 2020: RM78.90 juta) manakala perolehan bagi separuh pertama 2021 mencecah RM124.57 juta (separuh pertama 2020: RM172.24 juta).

Dalam pada itu, DRB-HICOM kekal optimis terhadap prospek sektor automotif sebagai tunjang perniagaan kumpulan tersebut.

Menurutnya, susulan impak pelaksanaan PKP terhadap prestasi jualan kenderaan, Proton dan jenama lain di bawah kumpulan berkenaan akan menumpukan usaha untuk memperkukuh semula perancangan jualan sedia ada.

“Bagi tempoh berbaki 2021, kumpulan ini melaksanakan langkah-langkah sewajarnya untuk memperkemas perniagaan agar kekal berdaya saing dalam keadaan yang tidak menentu.

“Langkah kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan sehingga 31 Disember, 2021, dijangka dapat memacu permintaan secara menyeluruh bagi 2021,” katanya.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In