• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung, sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.   

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.74 mata kepada 1,522.85 daripada 1,523.59 semasa ditutup pada Selasa.  

Saham pandu pasaran, yang dibuka tinggi 1.39 mata kepada 1,524.98, turun naik antara 1,518.95 dan 1,526.34 pada sesi ini.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 360, manakala 399 kaunter tidak berubah, 967 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.42 bilion unit bernilai RM1.18 bilion.

Rakuten Trade berkata perkembangan politik terkini dilihat meningkatkan keyakinan pelabur, dengan FBM KLCI melonjak melepasi paras 1,520, dengan sokongan daripada dana asing.

“Dengan pencalonan untuk Perdana Menteri baharu, kami menjangka indeks akan sedikit stabil.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam sekitar 1,520-1,530 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini. 

Daripada saham wajaran tinggi, IHH Healthcare dan CIMB, masing-masing meningkat satu sen kepada RM5.79 dan RM4.61, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8, Maybank merosot tiga sen kepada RM8.11, Public Bank susut satu sen kepada RM3.94 dan TNB berkurangan 12 sen kepada RM9.82. 

Dalam kalangan saham aktif, Sedania Innovator naik 12.5 sen kepada 75.5 sen, Dataprep meningkat 17 sen kepada RM1.26, Avillion tidak berubah pada 20 sen, Advance Synergy berkurangan 3.5 sen kepada 19 sen, Malayan United susut satu sen kepada 9.5 sen dan KNM merosot 1.5 sen kepada 20.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 0.29 mata kepada 11,121.43, Indeks FBMT 100 susut 0.31 mata kepada 10,840.66, FBM 70 menambah 18.79 mata kepada 14,569.88, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 4.05 mata kepada 12,230.66 dan FBM ACE susut 21.03 mata kepada 7,111.11.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 3.53 mata kepada 14,841.34, Indeks Perladangan naik 61.16 mata kepada 6,384.59 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.41 mata kepada 190.34.  

— BERNAMA

Share307ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In