Sejarah Datasonic Corporation Sdn Bhd bermula pada tahun 1980. Pada awalnya nama syarikat ini adalah Bumi Packaging & Storage (M) Sdn Bhd. Pada peringkat awal, syarikat ini menjual produk teknologi maklumat dalam bentuk komputer dan pencetak kad kredit kepada institusi kewangan di Malaysia.
Sumber:Bernama
Sejak tahun 1999, Datasonic Corporation telah menjadi penyedia perkhidmatan teknologi dan sub-kontraktor eksklusif kepada Dibena Enterprise. Dibena Enterprise merupakan salah sebuah syarikat daripada 5 syarikat bagi projek MyKad pada ketika itu.
Datasonic Corporation melalui Dibena Enterprise adalah satu-satunya anggota konsortium yang ditugaskan untuk merancang, menubuhkan pusat pemperibadian, membekalkan sistem dan penyelesaian kad pintar peribadi serta menyediakan sokongan teknikal dan perkhidmatan penyelenggaraan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Datasonic Corporation merupakan satu-satunya vendor teknologi maklumat yang terlibat dalam 3 program utama kad pintar di negara ini.
Datasonic Group Berhad diperbadankan di bawah Akta pada 13 Mac 2008 sebagai syarikat awam berhad. Datasonic kemudian bertukar menjadi syarikat swasta pada 22 Jun 2011 untuk memudahkan pemerolehan Datasonic Corporation Sdn Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd dan Datasonic Smart Solutions Sdn Bhd.
Pada 26 September 2014, Datasonic Group membeli 30% kepentingan dalam Electric Vehicle Automotive (M) Sdn Bhd. Aktiviti perniagaan Electric Vehicle Automotive adalah pembuatan kenderaan dan alat ganti kenderaan.
Teras Perniagaan
Teras perniagaan Datasonic adalah kad pengenalan diri, kawalan sempadan elektronik, sistem keselamatan & pengawasan, teknologi kewangan, sistem sekuriti, penjagaan kesihatan elektronik, dan pengurusan telekomunikasi serta utiliti.
Sumber: Datasonic
Sumber: Datasonic
Klien utama Datasonic pula terdiri daripada agensi kerajaan, institusi kewangan dan lain-lain.
Antara Kejayaan Datasonic Group Berhad
Sumber: Datasonic
1996 : Sistem pekerja asing untuk Jabatan Imigresen Malaysia.
1999- 2011 : Sistem percetakan Mykad, penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
2012 : Projek Sistem Maklumat Orang Kelainan Upaya bagi Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Komuniti.
2013 : Membekalkan 10 juta unit “Passport Polycarbonate Data Page” dan “Laser Engraving Personalization Equipment” kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
2013-2017 : Projek CCTV Fasa 1-5 Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
2021 : Servis penyelenggaraan peralatan, perisian dan aplikasi sistem Facial Live Capture Image bagi Jabatan Imigresen Malaysia.
Siapa Pemilik Utama Saham Datasonic?
Sumber: Bursa Market Place
Pemegang saham terbesar Datasonic adalah Encik Chew Ben Ben dengan pegangan sebanyak 15.19%. Terdapat beberapa pelabur institusi yang turut berada dalam senarai di atas seperti Urusharta Jamaah Sdn Bhd, Kenanga Investors Berhad, Phillip Capital Management Sdn Bhd.
Encik Chew Ben Ben merupakan bekas timbalan pengarah urusan Datasonic. Beliau terlibat dengan beberapa kontroversi sebelum ini yang melibatkan beliau dengan syarikatnya yang lain. Beliau walaubagaimanapun meletak jawatan pada bulan Mac 2021 atas alasan melanjutkan pelajaran dan atas urusan peribadi.
Berdasarkan carta organisasi syarikat yang telah dikemaskini, beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam syarikat tersebut.
Prestasi Suku Tahunan Syarikat
Sumber: malaysiastock.biz
Datasonic mengalami kerugian selepas cukai buat pertama kalinya sejak 2012 pada suku keempat 2021. Syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak RM5.6 juta pada suku tersebut. Kerugian tersebut juga menyaksikan prestasi tahun ke tahun Datasonic merosot sebanyak 146%.
Catalyst
Pada Jun 2021 yang lalu, Datasonic Group Berhad telah memperoleh kontrak bernilai RM39.75 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perkhidmatan penyelenggaraan pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara.
Kontrak tersebut akan menyaksikan Datasonic memberi perkhidmatan tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri selama 24 bulan bermula 1 Jun 2021 sehingga 31 Mei 2023.
Sumber : Datasonic raih kontrak Kementerian Dalam Negeri RM39.75 juta
Selain itu, Datasonic juga merupakan antara calon yang mempunyai potensi untuk memperoleh kontrak menggantikan MyKad yang bernilai RM350 juta. Selain Datasonic, Iris turut menghantar bidaan bagi projek tersebut.
Datasonic mempunyai kelebihan untuk memenangi kontrak tersebut kerana Datasonic mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan MyKad sejak 2011.
Pertukaran Registrar
Bermula 1 Jun 2021, Registrar Datasonic Group Berhad telah bertukar kepada Securities Services (Holdings) Sdn Bhd dan bukannya Boardroom Share Registrars Sdn Bhd.
Oleh itu sekiranya anda ingin menukar waran anda kepada saham induk, anda perlu menghubungi Registrar yang baru.
Sumber: malaysiastock.biz
Pembelian Semula Saham Syarikat
Sumber: malaysiastock.biz
Datasonic merupakan antara syarikat yang rajin membeli semula saham syarikat. Terma yang sering digunakan pelabur adalah ‘shares buy back’. Ia bermaksud syarikat yang tersenarai membeli semula saham yang diapungkan.
Sebuah syarikat akan membeli semula saham syarikat itu sendiri untuk menahan harga saham syarikat, mengurangkan spekulasi, dan menstabilkan harga saham. Oleh itu, sudah tentu shares buy back ini bagus untuk pemegang saham syarikat.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)