• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Sewaktu Dibuka Hari Ini Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan indeks utama menokok 0.34 peratus berikutan aktiviti belian saham berharga rendah.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.15 mata kepada 1,508.05 daripada 1,502.90 sewaktu ditutup pada Isnin.  

Indeks itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,505.27.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 kepada 137, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumah dagangan pada 213.17 juta unit bernilai RM84.40 juta.

Rakuten Trade berkata FBM KLCI meningkat semula daripada paras rendah berikutan wujudnya aktiviti belian saham yang berharga rendah.

“Malah, turut menarik perhatian apabila dana asing merupakan pembeli bersih walaupun dalam ketidaktentuan politik. Untuk hari ini, kami jangka dagangan di bursa tempatan akan stabil dan menyaksikan indeks berlegar dalam lingkungan 1,500 hingga 1,510,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menokok lima sen kepada RM8.11 dan RM4.56, manakala Public Bank dan TNB naik satu sen masing-masing kepada RM3.94 dan RM9.76, Press Metal menokok empat sen kepada RM4.95, Hong Leong Bank naik 20 sen kepada RM18.40 dan Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM7.94.  

Bagi saham aktif, Tanco dan Mobilia masing-masing naik 1.5 sen kepada 23 sen dan 55.5 sen, TFP Solutions meningkat satu sen kepada 21.5 sen, manakala KNM tidak berubah pada 22 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.03 mata kepada 11,022.44, FBM ACE menambah 36.47 mata kepada 7,125.69, Indeks FBM Emas Syariah naik 10.51 mata kepada 12,091.21, Indeks FBMT 100 meningkat 19.18 mata kepada 10,736.84 dan FBM 70 jatuh 42.30 mata kepada 14,436.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.74 mata kepada 14,786.41, Indeks Perladangan tinggi 20.78 mata kepada 6,268.01 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.36 mata kepada 188.29.  

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In