• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Teramat Rendah Ketika Dibuka Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama)  — Dagangan di Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pagi Isnin ini untuk dibuka teramat rendah di tengah-tengah sentimen lemah berikutan perkembangan politik semasa dengan indeks utama jatuh di bawah paras 1,500 mata.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.02 mata atau 0.60 peratus kepada 1,496.09 berbanding 1,505.11 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 5.19 mata lebih lemah pada 1,499.92. 

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 518 berbanding 44 sementara 207 kaunter tidak berubah, 1,442 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 455.12 juta unit bernilai RM158.30 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pelabur mungkin dibantu oleh kebenaran beroperasi semula mulai hari ini aktiviti tidak penting atau non-essential dalam beberapa sektor ekonomi termasuk pembuatan.

“Memandangkan lebih banyak sektor telah dibenarkan beroperasi, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada sektor bertemakan pemulihan seperti yang berkaitan dengan pengguna, bahan binaan dan pembinaan.

“Selain itu, saham perladangan turut menjadi perhatian kerana harga minyak sawit mentah telah menghampiri zon paras tinggi sepanjang masa,” kata firma broker itu dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronac Chemicals, IHH Healthcare dan Hong Leong Bank masing-masing tidak berubah pada RM7.96, RM5.80 dan RM18.22. Sementara itu, Maybank, TNB dan CIMB pula turun tiga sen masing-masing kepada RM8.02, RM9.63 dan RM4 .57 dan Public Bank susut dua sen kepada RM3.92.

Bagi saham aktif, Advance Energy naik satu sen kepada 18 sen, Avillion meningkat 3.5 sen kepada 22.5 sen, Tanco dan Malayan United Industries, kedua-duanya naik setengah sen kepada 22 sen dan sembilan sen, sementara Metronic turun setengah sen kepada  3.5 sen dan Serba Dinamik lega satu sen 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 74.67 mata kepada 10,940.35, FBM ACE naik 152.95 mata kepada 6,986.83, FBM 70 menyusut 113.08 mata kepada 14,378.08, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 94.17 mata kepada 11,997.04 dan Indeks FBMT 100 turun 69.31 mata kepada 10,662.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 55.09 mata kepada 14,728.01, Indeks Perladangan 61.72 mata lebih rendah menjadi 6,151.69, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.01 mata kepada 188.01.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In