• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Urus Niaga Pagi Agak Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini agak rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung yang membabitkan kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan terpilih serta teknologi, kata para peniaga.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.34 mata kepada 1,501.63 berbanding 1,501.97 pada penutupan urus niaga Khamis.

Indeks utama dibuka 1.39 mata lebih tinggi pada 1,503.36 dan bergerak antara 1,500.48 dan 1,507.74 di sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 491 berbalas 338 manakala 409 kaunter tidak berubah, 978 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.92 bilion unit bernilai RM965.92 juta.

Menurut seorang peniaga, pasaran Asia kebanyakannya lemah walaupun terdapat sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street. Ini ialah kerana para pelabur masih bimbang dengan tindakan sekatan undang-undang di China baru-baru ini dan penularan varian koronavirus yang semakin ketara di rantau ini.

Kerajaan China baru-baru ini melancarkan rancangan lima tahun yang menggariskan peraturan yang lebih ketat bagi sebahagian besar ekonominya.

Ia berkata peraturan baharu itu akan meliputi bidang termasuk keselamatan negara, teknologi dan penguasaan monopoli dalam ekonomi kedua terbesar di dunia.

Sementara itu, dalam kalangan saham berwajaran tinggi Maybank naik 2.0 sen kepada RM8.03, Public Bank tidak berubah pada RM3.95, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing turun 2.0 sen kepada RM7.97 dan RM5.81, sementara TNB menyusut 4.0 sen kepada RM9.66.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik dan KNM masing-masing menambah 1.5 sen kepada 43.5 sen dan 21.5 sen, sementara Dagang Nexchange turun 2.0 sen kepada 79.5 sen dan Komarkcorp susut 1.5 sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 10.26 mata pada 10,997.24, Indeks FBMT 100 susut 10.79 mata kepada 10,713.08, FBM 70 lebih rendah  47.38 mata kepada 14,489.99, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 23.76 mata kepada 12,063.19 sementara FBM ACE berkurangan 65.44 mata kepada 7,079.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 4.23 mata kepada 14,775.56, Indeks Perladangan meningkat 7.66 mata kepada 6,129.19 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 188.76.

— BERNAMA

Share540ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In