• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Julai 2021

in Fundamental Analisis
A A
Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Julai 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Berapa ramai yang mengalami kerugian pada bulan lepas? Secara keseluruhannya, portfolio anda positif atau negatif? 

Jom kita soroti 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Julai 2021. 

Kalau dilihat daripada senarai di bawah, hanya 1 saham yang berharga di atas RM1. Baki saham yang lain adalah saham penny.

Sumber: Majalah Labur

Daripada 10 saham di atas, kami akan kongsikan ulasan 3 saham dari sektor yang berbeza.

Saham-saham tersebut adalah :

  1. Asdion Berhad (Sektor Teknologi)
  2. Pasukhas Group Berhad (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
  3. OCR Group Berhad (Sektor Pembinaan)

1. Asdion Berhad (0068)

Asdion Berhad ditubuhkan pada tahun 2002. Teras perniagaan Asdion adalah berkaitan dengan pembangunan perisian dan teknologi maklumat. Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian dalam bidang perniagaan dan operasi dengan fokus khusus pada sektor perhotelan, rekreasi, logistik rangkaian bekalan dan perkhidmatan data.

Ulasan Mengenai Saham ASDION

  1. Berdasarkan ringkasan laporan tahunan di bawah, Asdion tidak pernah mencatatkan laporan kewangan yang positif sejak tahun 2013. Sebagai seorang pelabur bijak, anda seharusnya mengetahui saham seperti ini adalah saham yang tidak berkualiti.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Memandangkan syarikat tidak berjaya menjana keuntungan, Asdion juga tidak memberi dividen kepada pemegang saham.
  2. Dari sudut teknikal, setelah membuat kenaikan selama 8 hari berturut-turut, tekanan jualan yang tinggi berlaku terhadap Asdion pada 9 Julai 2021.

Sumber :

  1. Pada 9 Julai 2021, sebuah bearish reversal candlestick terbentuk iaitu bearish engulfing di mana candlestick merah menelan candlestick hijau pada hari sebelumnya.
  2. Tekanan jualan berterusan pada keesokan harinya apabila saham ini gap down dan ditutup rendah pada hari tersebut.
  3. Sekarang Asdion sedang berada dalam fasa mark down iaitu fasa di mana harga saham akan terus menjunam kerana berlaku penjualan beramai-ramai dalam kalangan pelabur. 

2. Pasukhas Group Berhad (0177)

Pasukhas Group ditubuhkan pada tahun 1985 dan pada awalnya terlibat dalam perkhidmatan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik. Pada tahun 1988, syarikat ini mula mengeluarkan papan suis bervoltan rendah.

Pada 1998, syarikat ini mula terlibat dalam perdagangan dan pengedaran transformer berprestasi tinggi. Kini syarikat ini telah mempunyai pelbagai segmen seperti industri rawatan dan pembentungan air, kelapa sawit dan beberapa kilang yang lain. Pada tahun 2018, syarikat ini mula terlibat dalam pembangunan hartanah dan perdagangan arang batu. 

Ulasan Mengenai Saham PASUKGB

  1. Suku pertama 2021 menyaksikan PASUKGB mencatatkan keuntungan bersih buat pertama kalinya sejak suku kedua 2018. Kerugian bersih terbesar PASUKGB adalah pada suku keempat 2020 apabila syarikat tersebut merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM32.70 juta.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Baru-baru ini PASUKGB berjaya meraih dana tambahan sebanyak RM99.2 juta melalui rights issue. Pengarah urusan syarikat tersebut berkata, dana tersebut membolehkan PASUKGB untuk memulakan pelan strategik 5 tahun syarikat.
  2. Dengan ini, syarikat berpeluang untuk mengembangkan operasi syarikat dengan membawa masuk projek bernilai tinggi dari pelbagai industri. 

Sumber : New Straits Times

Candlestick Shooting Star terbentuk pada 13 Julai 2021 memberikan petanda bahawa seller sudah mula memasuki pasaran.

Sumber :

Tekanan jualan benar berlaku pada keesokan harinya dan beberapa hari seterusnya sehingga terbentuk Three Black Crows iaitu pattern bearish reversal candlestick.

Kini candlestick yang terbentuk bersaiz kecil dan memberi petanda kurangnya aktiviti dagangan jual beli saham ini.

3. OCR Group Berhad (OCR) (7071)

OCR Group Berhad terlibat dalam pembangunan hartanah dan pembinaan sejak tahun 1989. Kemudian sebagai langkah penyenaraiannya di Bursa Malaysia, OCR membeli Takaso Resources Berhad pada tahun 2015. 

Pada tahun 2018, kumpulan syarikat fokus kepada pembangunan hartanah, pembinaan dan perundingan pengurusan projek. 

Ulasan Mengenai Saham OCR

  1. Sebagai sebuah syarikat dalam industri pembinaan, OCR memiliki market capitalisation yang kecil jika dibandingkan dengan syarikat dari sektor yang sama. 
  2. Modal pasarannya adalah hanya sekitar RM90 juta. Modal pasaran yang kecil juga boleh membawa maksud bahawa bilangan saham yang kecil dan harga saham yang murah.
  3. Harga saham yang murah pula bermaksud kurang minat belian terhadap saham ini. 
  4. Institusi seperti KWSP dan CIMB Commerce Trustee Berhad- Kenanga Growth Fund turut menjual pegangan dalam kuantiti yang besar. Malah OCR juga bukanlah sebuah syarikat yang memberikan dividen kepada pemegang sahamnya.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. Dikhabarkan OCR bakal melancarkan projek terbesarnya setakat ini iaitu projek pembangunan bernilai RM750 juta di Shah Alam. Walaubagaimanapun, berita ini gagal memberi impak positif terhadap harga saham.

Sumber: OCR to launch biggest property project in Shah Alam

  1. Meskipun OCR mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga 2020, syarikat mula mencatatkan keuntungan bagi dua suku terakhir.

Sumber: malaysiastock.biz

  1. OCR sedang berada dalam fasa downtrend yang kuat dan belum ada petanda lagi yang saham ini akan berhenti membuat penurunan. 

Sumber :

Share273ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In