• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

JF Tech Jadi Ejen ISC Di China, Malaysia Dan Asean

in Market Update
A A
JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

  KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) —  Penyedia penyelesaian antara muka ujian, JF Technology Bhd (JF Tech) dilantik sebagai ejen jualan dan pengedaran poduk penyelesaian sentuh ujian ISC Co Ltd (ISC) yang berpangkalan di Korea Selatan di China, Malaysia dan ASEAN.

JF Tech dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pelantikan itu adalah susulan daripada perjanjian agensi berasingan yang dimeterai antara anak syarikatnya, JFH Technology (Kunshan) Co Ltd (JFH Technology) dengan JF Microtechnology Sdn Bhd (JFM) dan ISC.

Syarikat Korea Selatan itu merupakan satu daripada penyedia penyelesaian ujian utama dunia dan peneraju produk soket getah silikon dan soket spring probe.  

Ia juga mengeluarkan jenis soket ujian lain seperti soket burn-in, probe cards dan connectors yang digunakan dalam pengujian litar bersepadu bagi pelbagai kegunaan.

Pengarah Urusan JF Tech Datuk Foong Wei Kuong berkata dengan pelantikan itu, kumpulan tersebut kini mempunyai empat penawaran soket ujian utama, yang menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggannya.

“Pelanggan kami sekarang adalah bakal pengguna soket getah atau spring probe ISC dan kami kini dapat menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian tambahan kepada mereka menerusi kedai sehenti JF Tech kami.

 “Kerjasama ini akan meningkatkan lagi nilai kami kerana kami boleh menawarkan penyelesaian yang holistik dan menyeluruh kepada pelanggan kami di China (termasuk Huawei), Malaysia dan ASEAN,” katanya.

Foong berkata JFH Technology dan JFM dijangka menjadi pengeluar peralatan asal (OEM) soket ujian spring probe di bawah jenama JF Tech sendiri, menyepadukan perumah soket ujiannya sendiri dengan pin spring probe canggih ISC bermula suku ketiga tahun kewangan 2022. 

— BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In