• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh perkembangan positif dalam ekonomi tempatan, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.38 mata kepada 1,504.11 daripada 1,496.73 semasa ditutup pada Isnin.

Saham pandu pasaran, yang dibuka tinggi 2.70 mata kepada 1,499.43, turun naik antara 1,498.53 dan 1,514.52 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 522 berbanding 418, manakala 420 kaunter tidak berubah, 844 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.53 bilion.

Dalam nota penyelidikan, Rakuten Trade berkata pihaknya menjangka belian akan berterusan berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengunjurkan indeks petunjuk pasaran tempatan akan berada dalam julat 1,495-1,505 hari ini.

Katanya ekuiti yang berkaitan dengan pembukaan semula ekonomi kembali dengan kukuh berikutan Wall Street ditutup tinggi sekali lagi.

“Didorong oleh pelan infrastruktur Senat Amerika Syarikat yang merangkumi perbelanjaan baharu sebanyak US$550 bilion, Dow Jones Industrial Average meningkat 165 mata untuk ditutup kepada hampir paras 35,300.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI meningkat semula tetapi masih kekurangan kekuatan belian yang dikehendaki.

“Kami masih menyaksikan jualan daripada dana asing pada Isnin tetapi diserap dengan baik,” katanya.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah 4.0 sen kepada RM8.04, TNB naik 3.0 sen kepada RM9.71, IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM5.81 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.96 dan Petronas Chemicals merosot 1.0 sen kepada RM7.99.

Dalam kalangan saham aktif, DNex naik 4.0 sen kepada 85.5 sen, TA Win dan M3 Technologies, masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 18.5 sen dan 7.0 sen serta Serba Dinamik menambah setengah sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 56.76 mata kepada 11,055.10, Indeks FBMT 100 menambah 58.56 mata kepada 10,765.70, FBM 70 meningkat 102.39 mata kepada 14,697.33, Indeks FBM Emas Shariah menokok 76.47 mata kepada 12,148.66 dan FBM ACE naik 74.16 mata kepada 7,268.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 60.06 mata kepada 14,786.99, Indeks Perladangan menambah 31.83 mata kepada 6,133.17 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.79 mata kepada 190.11.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In