• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Boleh Ke Beli Saham Di Leap Market?

in Asas Saham
A A
Boleh Ke Beli Saham Di Leap Market?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Cuba beli saham Leap Market, tapi tak boleh. Kenapa?

Bursa Malaysia boleh dikatakan sebagai tempat crowd funding dimana syarikat yang hendak mendapatkan modal tambahan untuk perniagaan mereka. 

Selain daripada meminjam duit daripada bank, syarikat boleh mendapatkan dana tambahan dengan menjual saham syarikat mereka kepada awam. 

Saham syarikat pula didagangkan kepada tiga papan dagangan yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia seperti:

  • Main Market
  • Ace Market
  • Leap Market

Jika syarikat hendak disenaraikan di Main Market, syarikat tersebut perlu memenuhi beberapa aspek dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia dari segi rekod keuntungan syarikat, modal pasaran dan pelbagai lagi seperti yang telah diterangkan pada artikel sebelum ini.

Baca: Apa Kelayakan Untuk Tersenarai Di Main Market?

Untuk Ace Market pula, syarikat tersebut perlu mendapat dorongan daripada penaja atau sponsor untuk jangka masa yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan memenuhi beberapa lagi aspek kualitatif dan kuantitatif yang telah ditetapkan. 

Baca: Syarikat Di Ace Market Tak Bagus Ke? – Masukan Link Artikel Ace Market nanti

Satu lagi pasaran yang jarang disebut oleh pelabur adalah pasaran Leap Market. 

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan Leap Market dan mengapa syarikat di Leap Market ini jarang dapat perhatian daripada pelabur. 

Apa Itu Leap Market?

Pasaran Leap ini merupakan pasaran untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendapatkan dana tambahan di pasaran saham dengan dorongan daripada penasihat yang sah dan diiktiraf.

Penasihat syarikat ini juga perlu kekal menjadi penasihat syarikat tersebut tidak kurang daripada tiga tahun selepas syarikat itu tersenarai di Leap Market. 

Kebanyakan syarat dan aspek kualitatif serta kuantitatif yang ditetapkan untuk syarikat di Main dan Ace Market dikecualikan untuk syarikat yang hendak disenaraikan di Leap Market. 

Pembahagian saham kepada awam pula hanya 10% daripada keseluruhan saham syarikat berbanding 25% untuk Main dan Ace Market. 

Untuk syarikat yang tersenarai di Leap market ini, akses jual beli saham syarikat ini hanya diberikan kepada pelabur sofistikated sahaja sama ada individu, entiti atau pelabur yang diiktiraf. 

Pelabur sofistikated ini adalah mereka yang mempunyai net-worth yang tinggi. Antara ciri pelabur sofistikated ini adalah seperti:-

  • Memiliki aset bersih tidak kurang daripada RM3 Juta
  • Pendapatan tahunan melebihi RM300,000 atau RM400,000 (Sekiranya digabungkan dengan pendapatan pasangan)

Contoh Saham Di Leap Market

Sumber: Platform MPlus

Saham yang disenaraikan di Leap market ini tidak banyak. Setakat artikel ini ditulis, hanya terdapat 41 syarikat sahaja di pasaran Leap dan hanya 28 daripadanya yang patuh syariah. 

Contoh saham yang tersenarai di Leap Market ini adalah seperti :-

  • AURORA
  • AMLEX
  • NPS
  • MHCARE

Saham-saham di leap market ini kebiasaannya tidak aktif kerana penglibatan untuk jual beli saham ini tidak ramai seperti saham di Main dan Ace Market. 

Semoga artikel ini menjawab persoalan anda tentang Leap Market ini. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share461ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In