• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Bursa Malaysia Pulih Untuk Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan ketika memulakan dagangan pada pagi Isnin minggu ini, dipacu oleh minat belian diperbaharui membabitkan kaunter berwajaran tinggi berikutan harga saham yang rendah, kata para peniaga.

Pad jam 9.16 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.87 mata kepada 1,494.67 berbanding 1,489.80 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 1.96 mata lebih tinggi pada 1,491.76.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 276 berbalas 215 manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,366 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 437.98 juta unit bernilai RM24.28 juta.

Seiring dengan trend menurun serantau, Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan FBM KLCI mengakhiri urus niaga minggu lepas rendah di tengah-tengah kegiatan penjualan yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih di papan indeks.

“Pemulihan di AS dan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada hujung minggu mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi warga yang telah menerima vaksin lengkap dijangka memberikan sentimen positif kepada pasaran terutama untuk sektor tema pemulihan,” katanya dalam catatan penyelidikan hari ini.

Sementara itu, ia menambah pertumbuhan keluaran dalam negara kasar suku kedua Malaysia yang akan diumumkan pada Jumaat akan menarik perhatian semua.

“Pelabur mungkin fokus pada saham tema pemulihan seperti bahan binaan, pelancongan domestik dan yang berkaitan penerbangan, kerana pasaran sememangnya menantikan pelonggaran SOP bagi mereka yang telah mendapat vaksin lengkap. Selain itu, sektor teknologi dijangka terus bertahan di tengah jangkaan pendapatan yang kukuh,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah 2.0 sen kepada RM8 dan RM3.96, Petronas Chemicals meningkat 3.0 sen kepada RM8.02, TNB naik 4.0 sen kepada RM9.65, sementara IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.74 .

Bagi saham aktif, DNex dan Avillion masing-masing naik setengah sen kepada 83 sen dan 14.5 sen, TFP Solutions menambah 1.0 sen kepada 20.5 sen dan GUH meningkat 3.5 sen kepada 65 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.05 mata pada 10,986.15, FBM ACE memperoleh 0.09 mata kepada 7,176.07, FBM 70 naik 30.25 mata kepada 14,589.43, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 22.71 mata kepada 12,058.66, dan Indeks FBMT 100 meningkat 31.52 mata kepada 10,695.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.51 mata kepada 14,736.97, tetapi Indeks Perladangan menyusut 9.0 mata menjadi  6,116.45, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.84 mata kepada 189.53.

— BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In