• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Urus Niaga Tinggi Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi ini lebih tinggi, disokong oleh belian berterusan di kaunter teknologi, produk pengguna dan perkhidmatan terpilih meskipun pasaran serantau mempamerkan sentimen yang lemah.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.18 mata kepada 1,494.98 berbanding 1,489.80 pada penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama yang dibuka 1.96 mata lebih tinggi pada 1,491.76, berlegar antara 1,491.76 dan 1,496.60 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan julat tipis 435 berbanding 434 sementara 422 kaunter tidak berubah, 904 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.18 bilion unit bernilai RM1.20 bilion.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pasaran Asia dibuka lebih rendah pada hari Isnin berikutan penurunan ketara harga emas dan minyak. Sentimen pelabur dilihat terjejas oleh penurunan harga emas secara mendadak iaitu kepada serendah US$1,684 satu auns.

Sementara itu menurut Kenanga Research, bursa tempatan mungkin berhadapan risiko penurunan berterusan dalam bergerak ke hadapan memandangkan FBMKLCI telahpun tertekan minggu lepas, menyusut kepada serendah 1,484 pada hari Rabu sebelum ditutup pada 1,490 pada hari Jumaat lepas, turun 4.8 mata atau 0.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Antara berita utama yang akan menjadi perhatian minggu ini ialah data indeks pengeluaran perindustrian bulan Jun yang akan dikeluarkan hari ini diikuti oleh statistik perindustrian minyak sawit pada hari Rabu.

“Dan pada hari Jumaat, tumpuan akan diberikan pada pengumuman laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2021 oleh Bank Negara. Bank pusat turut dijangka mengemaskini tinjauan ekonomi terkini untuk baki tahun ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah 3.0 sen kepada RM8.01, Public Bank naik 2.0 sen kepada RM3.96, Petronas Chemicals meningkat 1.0 sen kepada RM8, sementara TNB dan IHH Healthcare masing-masing lebih tingi sebanyak 5.0 sen kepada RM9.66 dan RM5.79.

Bagi saham aktif, DNex turun setengah sen kepada 82 sen, Kejuruteraan Asastera susut 1.0 sen kepada 54.5 sen, sementara Avillion menambah 1.5 sen kepada 15.5 sen dan Hiap Teck naik setengah sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.75 mata pada 10,986.85, Indeks FBMT 100 naik 32.49 mata kepada 10,696.12, FBM 70 mengukuh 26.60 mata kepada 14,585.78, dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 19.93 mata kepada 12,055.88.

FBM ACE, bagaimanapun, merosot 8.09 mata kepada 7,167.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.24 mata kepada 14,727.70, Indeks Perladangan turun 17.47 mata menjadi 6,107.98, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.41 mata kepada 189.10.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In