• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MR D.I.Y. Catat Keuntungan Bersih, Hasil Tinggi Pada Suku Kedua 2021

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Mr D.I.Y. Group (M) Bhd meningkat kepada RM82.13 juta dalam suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 daripada RM56.98 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2020.  

Hasil juga meningkat kepada RM759.82 juta daripada RM516.66 juta tahun ke tahun dipacu terutamanya oleh sumbangan positif daripada kedai baharu. 

Rangkaian kedai Mr D.I.Y berkembang 29.2 peratus kepada 827 kedai pada Suku Kedua dan begitu juga jumlah urus niaga meningkat 65.7 peratus tahun ke tahun kepada 26.8 juta, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. 

Bagaimanapun, ia berkata perintah kawalan pergerakan penuh di seluruh negara yang dikenakan pada 1 Jun, 2021, memberi kesan kepada kedainya sepanjang bulan itu. 

Pada masa depan, kumpulan itu berkata ia kekal komited untuk mencatatkan pertumbuhan mampan yang konsisten dan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingannya. 

“Sasaran kami adalah untuk membuka 82 lagi kedai bagi menjadikan jumlah kesemuanya 175 kedai baharu pada 2021. Ia bergantung kepada keadaan yang membolehkan kumpulan menyambung semula kadar pembukaan kedai bulanan seperti biasa dalam tempoh yang sewajarnya,” kata Mr D.I.Y. 

Mr D.I.Y dalam satu kenyataan berasingan berkata, aliran tunai dan lembaran imbangannya kekal kukuh yang menyediakan fleksibiliti kewangan untuk ia terus melabur bagi tempoh jangka panjang.

Aliran tunai bersih daripada operasi berjumlah RM298.1 juta manakala nisbah tahap kadar hutang bersih kumpulan kekal pada 0.15 kali. 

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Adrian Ong berkata kumpulan itu akan terus menumpukan kepada tiga keutamaan strategiknya bagi memacu pertumbuhan mampan jangka panjang, iaitu mengambil pendekatan berasaskan data untuk mengembangkan rangkaian kedainya, mencari peluang untuk menyediakan nilai dan menumpukan untuk mencapai kecekapan operasi.

“Pada suku ini, kami melancarkan MR D.I.Y Express, cara baharu untuk membawakan format kedai runcit moden kami ke bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar.

“Kedai tersebut biasanya lebih kecil, boleh dibuka dengan cepat dan efisien dari segi kos, bagi memudahkan kami mengembangkan konsep itu dengan segera ke seluruh negara,” katanya. 

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim suku tahunan sebanyak RM37.7 juta bagi Suku Kedua, mewakili jumlah pembayaran dividen kumulatif sebanyak RM87.9 juta bagi separuh pertama tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2021.

— BERNAMA

Share257ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In