• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Mampukah CTOS Mengulangi Kegemilangan Mr D.I.Y Di Pentas Bursa?

in Fundamental Analisis
A A
Mampukah CTOS Mengulangi Kegemilangan Mr D.I.Y Di Pentas Bursa?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saham CTOS membuat kenaikan sehingga 60% pada hari pertama dagangan

CTOS Digital Berhad (CTOS) semestinya nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Syarikat ini merupakan agensi laporan kredit (CRA) di Malaysia yang menyediakan data dan analisis kepada pelanggan tentang status kredit mereka. 

CTOS baru sahaja disenaraikan di pasaran utama pada 19 Julai 2021 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan pada hari pertama dagangannya. 

IPO CTOS yang bernilai RM1.10 seunit telah naik sehingga 60% kepada RM1.76 seunit pada hari pertama dagangannya sebelum ianya jatuh ke paras RM1.62 seunit pada penutupan pasaran. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Namun antara persoalan yang hangat dalam kalangan pelabur adalah kemampuan saham CTOS mengorak langkah kejayaan yang pernah dilakukan oleh saham Mr D.I.Y. 

Baca : Sebanyak 44 Juta Unit Saham CTOS Untuk Dimiliki Rakyat Malaysia

Tapi apa kaitan syarikat CTOS dengan Mr D.I.Y?

Mari kita lihat persamaan antara CTOS dan Mr D.I.Y sebelum mengulas lebih lanjut tentang kedua-dua saham ini. 

Apa Persamaan CTOS Dan Mr D.I.Y?

Dari segi perniagaan syarikat sememangnya sangat jauh berbeza antara dua syarikat ini. CTOS merupakan syarikat yang menyediakan data kredit manakala Mr D.I.Y pula merupakan syarikat yang menjual perkakas perumahan. 

Namun ada beberapa persamaan yang ketara antara kedua-dua syarikat ini seperti:-

  • Pemilikan Syarikat
  • IPO Terbesar Tahunan
  • Market Leader 

Oleh kerana tiga perkara ini, pelabur mula bertanya mampukah CTOS mengulangi kenaikan harga yang pernah dilakukan oleh saham Mr D.I.Y sebelum ini sehingga tersenarai sebagai komponen FBM KLCI yang terkini. 

Baca: FBM KLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah? 

CTOS Dan Mr D.I.Y Dimiliki Oleh Entiti Yang Sama

Sumber: Creador

Creador adalah sebuah firma private equity yang memberi tumpuan kepada pelaburan capital growth sesebuah syarikat di Asia Selatan dan Tenggara terutamanya syarikat-syarikat di negara seperti:-

  • Malaysia
  • India
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Singapura
  • Thailand
  • Filipina

Syarikat ini diasaskan oleh individu bernama Brahmal Vasudevan dan beliau telah berjaya meraih hampir USD1.5 billion dana private equity daripada pelabur sejak Creador ditubuhkan. 

Syarikat CTOS Digital dan Mr D.I.Y juga merupakan antara portfolio pelaburan Creador sebelum ianya disenaraikan di pasaran awam lagi. 

CTOS Dan Mr D.IY Merupakan IPO Terbesar Tahunan

Sumber: Bloomberg Market

IPO Mr D.I.Y tahun lepas merupakan terbitan IPO yang terbesar pada tahun 2020 dan juga merupakan yang terbesar sejak 3 tahun sebelumnya. Harga IPO Mr. D.I.Y diterbitkan pada RM1.60 ketika itu. 

Daripada harga IPO tersebut, harga saham Mr D.I.Y telah membuat kenaikan yang sangat menggalakkan sehingga mencecah RM4.38 sesaham sebelum jatuh kepada harga hari ini sekitar RM3.47 sesaham. 

Pada tahun 2021 pula, terbitan IPO syarikat CTOS pula merupakan IPO yang terbesar untuk tahun 2021 dengan harga terbitan bernilai RM1.10 seunit. 

Persoalannya mampukah saham CTOS ini membuat kenaikan seperti saham Mr D.I.Y? 

CTOS Dan Mr D.I.Y Merupakan Market Leader Dalam Industri

Sumber: Bursa Malaysia

Sama seperti Mr D.I.Y yang menguasai hampir 70% market share dalam industri penyedia barang perkakas perumahan berbanding dengan pesaingnya yang lain.

CTOS juga menguasai market share dalam penyediaan data kredit dengan market share lebih daripada 70% berbanding pesaing yang lain. 

Penguasaan market share ini juga merupakan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat ini. 

CTOS Berjaya Menarik Minat Cornerstone Investor

Sumber: CNA & The Star

Terbitan saham syarikat ini telah berjaya menarik minat beberapa pelabur institusi sebelum ianya didagangkan di pasaran terbuka lagi. Antara cornerstone investors ini adalah seperti:-

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • AIA Group Ltd
  • Aberdeen Standard Investment 

Minat pelabur institusi terhadap syarikat ini juga memberikan pandangan yang positif terhadap masa depan syarikat ini. 

Data Is The New Gold

Sumber: JF Apex

Penganalisa pasaran daripada JF Apex telah membuat penilaian tentang harga saham syarikat ini dan meletakkan fair value nya pada RM1.25 sebelum saham ini didagangkan lagi.

Penilaian harga saham ini diberikan atas faktor kedudukan dominan syarikat dalam industri dan seiring dengan era digital hari ini disamping potensi pertumbuhan syarikat tersebut. 

Pada hari dagangan kita melihat harga saham CTOS bermula pada RM1.50 dan terus naik keparas tertinggi pada RM1.76 sebelum ditutup pada harga RM1.62 sesaham. 

Mampu atau tidak saham CTOS ini mengulangi kegemilangan saham Mr D.I.Y atau mungkin tersenarai sebagai komponen FBM KLCI masih terlalu awal untuk diperkatakan.

Sama-sama kita nantikan dan lihat sendiri pergerakan harga saham ini untuk tempoh masa terdekat ini. 

Artikel ini hanya sekadar perkongsian dan pelabur diingatkan untuk membuat kajian yang lebih terperinci tentang fundamental dan teknikal sebelum membuat apa-apa keputusan dalam pelaburan anda. 

Sebelum melabur di pasaran saham, laburlah dalam ilmu pengetahuan dulu. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share423ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In