Betul ke syarikat di Ace Market ni tak bagus?
Seperti yang kita tahu, pasaran saham tempatan terbahagi kepada tiga jenis pasaran iaitu:-
- Main Market (Pasaran Utama)
- Ace Market (Pasaran Kedua)
- Leap Market (Pasaran Ketiga)
Ketiga-tiga pasaran ini mempunyai kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia untuk syarikat yang hendak mengapungkan saham syarikat mereka kepada awam.
Daripada artikel sebelum ini, kita telah mengetahui secara terperinci tentang kriteria syarikat untuk didagangkan di Main Market.
Baca: Apa Kelayakan Untuk Disenaraikan Di Main Market?
Artikel kali ini pula kita akan melihat kriteria yang telah Bursa Malaysia tetapkan untuk syarikat yang hendak mengapungkan saham syarikat di pasaran terbuka tetapi tidak penuhi syarat kelayakan Main Market.
Oleh itu, syarikat tersebut akan tersenarai di pasaran kedua atau pasaran ketiga mengikut kelayakan masing-masing.
Mari kita lihat aspek kelayakan untuk disenaraikan di Ace market.
Apa Itu Ace Market?
Sumber: Bursa Malaysia
Ace Market sebelum ini dikenali sebagai pasaran MESDAQ. Berbeza dengan pasaran Main, antara aspek kualitatif yang ditetapkan untuk pasaran Ace adalah syarikat memerlukan dorongan daripada penaja atau sponsor untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan yang baik untuk disenaraikan di Ace Market ini.
Ini bermakna, syarikat yang hendak disenaraikan di Ace Market perlu mencari penaja untuk membuat penilaian prospek perniagaan mereka.
Penajaan juga perlu menaja syarikat tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kewangan dan menjadi penaja selama setahun selepas syarikat tersebut disenaraikan di Ace Market.
Syarat Kualitatif Untuk Ace Market
Jika syarikat yang hendak tersenarai di pasaran utama perlu memenuhi syarat kualitatif yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia seperti:-
- Purata keuntungan syarikat
- Modal pasaran syarikat
- Projek infrastruktur
Untuk Ace Market, tiada syarat kualitatif yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia untuk dipenuhi oleh syarikat.
Untuk syarat Pembahagian Awam pula, sama seperti Main Market dimana 25% daripada jumlah keseluruhan saham syarikat perlu diapungkan di pasaran.
Cuma di Ace Market, hanya 200 pelabur awam yang memiliki tidak kurang 100 unit saham syarikat sahaja diperlukan berbanding 1,000 pelabur awam yang ditetapkan di Main Market.
Untuk syarat pemilikan bumiputera pula, tiada ketetapan dibuat oleh Bursa Malaysia cuma syarikat perlu membahagikan 12.5% enlarged share capital kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Syarat ini perlu dipenuhi dalam masa setahun selepas mencapai rekod keuntungan yang ditetapkan di Main Market atau dalam masa 5 tahun selepas disenaraikan di pasaran Ace.
Contoh Syarikat Di Ace Market
Jika anda menggunakan platform pelaburan seperti Maybank Investment atau Mplus, warna saham syarikat yang disenaraikan di Ace Market ini adalah warna ungu cair.
Baca: Fahami Simbol-Simbol Dan Warna Berbeza Yang Ada Di Platform Trading
Antara syarikat yang tersenarai di Ace Market adalah syarikat seperti:
- MPAY
- CAREPLUS
- JFTECH
- REVENUE
Terdapat 165 syarikat patuh syariah yang didagangkan di Bursa Malaysia dan saham-saham di Ace Market ini boleh dibeli oleh semua pelabur.
Syarikat yang tersenarai di Ace market bukanlah syarikat yang tidak bagus, ada syarikat yang telah masuk menjadi main market daripada Ace Market setelah memenuhi syarat kelayakan di Main Market seperti saham Greatec.
Bagaimana pula dengan Leap Market? Apa kriteria syarikat yang berada dalam Leap market? Boleh ke pelabur biasa membeli saham syarikat di Leap market?
Untuk menjawab semua persoalan diatas, nantikan artikel susulan tentang Leap market daripada kami.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. 
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!
 
			 
		    



![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)
