• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Awal Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utamanya kekal berada dalam zon positif, dirangsang oleh sokongan belian berterusan dalam kalangan saham berwajaran tinggi dan bermodal kecil.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.37 mata kepada 1,492.7 berbanding 1,491.33 pada penutupan Rabu.

Indeks utama dibuka 2.32 mata lebih tinggi pada 1,493.65 pagi ini dan bergerak antara 1,491.01 dan 1,498.92 di sepanjang sesi awal.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 420 berbalas 369 manakala 468 kaunter tidak berubah, 935 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah 2.93 bilion unit bernilai RM1.13 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai perkembangan politik tempatan serta peningkatan kes COVID-19 harian.

Namun, pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai pembukaan semula sidang Parlimen pada bulan depan selain peningkatan kadar vaksinasi dapat mengurangkan ketidakpastian di pasaran.

“Sementara itu, para pelabur mungkin memantau paras sokongan seterusnya pada 1,480 sementara halangan pada 1,500,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.04, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM8.01, CIMB menokok dua sen kepada RM4.53, sementara Public Bank dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM3.96 dan RM5.71.

Tenaga bagaimanapun, turun enam sen kepada RM9.77.

Bagi saham aktif, Vsolar, Fintec, Saudee dan Kanger masing-masing naik setengah sen kepada 1.5 sen, tiga sen, 9.5 sen dan tujuh sen, sementara Kejuruteraan turun setengah sen kepada 60.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.11 mata pada 10,969.57, Indeks FBMT 100 mengukuh 14.13 mata kepada 10,683.39, FBM 70 lebih tinggi 36.13 mata kepada 14,582.38, Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 15.39 mata kepada 12,047.31 dan FBM ACE naik 34.44 mata kepada 7,116.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 25.35 mata kepada 14,740.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata kepada 187.89, sementara Indeks Perladangan menyusut 11.68 mata kepada 6,054.77.

— BERNAMA

Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In