• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kerugian awal yang dicatatkan untuk mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan kegiatan jualan secara menyeluruh di tengah-tengah sentimen pasaran yang lemah.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 12.83 mata kepada 1,487.43 berbanding 1,500.26 pada penutupan Selasa.

Indeks utama yang dibuka 2.98 mata lebih rendah pada 1,497.28 pagi dan berlegar antara 1,483.73 dan 1,497.88 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Seorang peniaga berkata selera risiko pelabur turut dipengaruhi oleh kebimbangan memuncak terhadap varian Delta pandemik COVID-19 dan perkembangan politik terkini di dalam negara.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 728 berbalas 192 manakala 364 kaunter tidak berubah, 908 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.96 bilion unit bernilai RM1.12 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya menjangkakan pergolakan politik yang berterusan di Malaysia akan mempengaruhi urus niaga sepanjang hari ini.

FBM KLCI yang mendapat sokongan belian kukuh semalam, mungkin terjejas disebabkan kebimbangan ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Petronas Chemicals, Tenaga dan IHH masing-masing turun lima sen kepada RM8.00, RM8.00, RM9.68 dan RM5.72, Public Bank susut tiga sen kepada RM3.97, sementara CIMB lebih rendah empat sen kepada RM4.50.

Bagi saham aktif, Advance naik dua sen kepada 18.5 sen, Dagang Nexchange menambah 2.5 sen kepada 74.5 sen, Seal meningkat 3.5 sen kepada 42.5 sen dan Saudee turun setengah sen kepada 10 sen sementara Serba Dinamik, BCM dan Sanichi tidak berubah masing-masing pada 40.5 sen, 15 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 98.03 mata pada 10,916.39, Indeks FBMT 100 susut 94.6 mata kepada 10,642.25, FBM 70 jatuh 139.9 mata kepada 14,512.89, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 116.02 mata kepada 11,988.26, dan FBM ACE merosot 119.79 mata kepada 6,997.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 95.9 mata kepada 14,695.76, Indeks Perladangan menyusut 53.17 mata kepada 6,034.92, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 2.03 mata kepada 186.53.

– BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In