• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, sejajar dengan bursa serantau berikutan kes COVID-19 yang meningkat menjejaskan sentimen.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.66 mata kepada 1,494.6 daripada 1,500.26 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka rendah 2.98 mata kepada 1,497.28.

Suasana pasaran secara keseluruhannya negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 391 berbanding 63, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,537 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 231.23 juta unit bernilai RM96.51 juta.

Peniaga berkata saham Asia merosot berikutan kebimbangan mengenai varian Delta yang lebih cepat merebak, menjejaskan harapan untuk pemulihan ekonomi.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata dua negeri dan Wilayah Persekutuan — Perlis, Sarawak dan Labuan — yang beralih kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara bermula hari ini, selain musim pendapatan, dijangka meningkatkan sentimen pasaran.

Ia menjangka wujud minat belian di kaunter teknologi pada sesi ini.

“Kami menjangka peningkatan semula dalam sektor pembuatan solar dan plastik akan berterusan dalam tempoh terdekat.

“Petunjuk teknikal menjadi positif. Bagaimanapun, pelabur dijangka terus menjalankan perdagangan secara berhati-hati, dengan paras sokongan (bagi FBM KLCI) pada 1,480 manakala paras halangan pada 1,520 jika indeks utama kekal melebihi 1,500,” katanya dalam nota penyelidikan.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga, masing-masing berkurangan empat sen kepada RM8.01 dan RM9.69, Public Bank susut dua sen kepada RM3.98, IHH merosot lima sen kepada RM5.72, CIMB turun tiga sen kepada RM4.51 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.06.

Dalam kalangan saham aktif, Advance naik 1.5 sen kepada 18 sen, Alam Maritim tidak berubah pada 6.5 sen, PUC susut satu sen kepada 17.5 sen manakala MAG naik setengah sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 48.28 mata kepada 10,976.13, Indeks FBMT 100 berkurangan 46.85 mata kepada 10,689.99, FBM ACE jatuh 78.64 mata kepada 7,039.09, FBM 70 susut 88.48 mata kepada 14,564.31 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 48.86 mata kepada 12,055.42.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 54.85 mata kepada 14,736.81, Indeks Perladangan susut 14.25 mata kepada 6,073.84 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.76 mata kepada 187.8.

— BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In