• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pecca Cadang Ambil Alih Rentas Health Pada Harga RM100 Juta

in Catalyst
A A
Pecca Dapat Tempahan Tinggi Untuk Pelapik Kerusi Automotif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Pecca Group Bhd (Pecca) telah mencadangkan untuk memperoleh 204,000 saham biasa atau 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Rentas Health Sdn Bhd (Rentas Health) pada harga RM100 juta.

Ia adalah susulan kepada pelan syarikat itu untuk menceburi dalam perniagaan berkaitan penjagaan kesihatan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pecca berkata pertimbangan pembelian itu akan dilaksanakan menerusi gabungan wang tunai RM50 juta dan bakinya melalui penerbitan 11.99 juta saham Pecca baharu pada harga terbitan RM4.17 sesaham.

“Pengambilalihan yang dicadangkan akan membolehkan kumpulan memperluas rangkaian produknya dan memberikan aliran pendapatan tambahan seperti sekarang, Rentas Health adalah pengedar untuk dua jenama pelitup muka, iaitu Rentas Health dan Callie serta ejen yang dilantik untuk kit ujian coronavirus BioSewoom.

“Ini akan membolehkan kumpulan itu memanfaatkan pangkalan pelanggan dan rangkaian pengedaran Rentas Health sedia ada untuk mendapatkan pelanggan (pangkalan) yang lebih luas,” katanya.

Pengarah Urusannya, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata Pecca harus mengakui bahawa persekitaran perniagaan telah berubah dengan ketara akibat pandemik COVID-19.

“Kami melihat wujud keperluan untuk menggunakan cara baharu dalam menjalankan perniagaan untuk memastikan bahawa kami kekal relevan dalam persekitaran perniagaan baharu ini, ia mendorong kami untuk beralih kepada perniagaan penjagaan kesihatan, kami yakin ia akan menjadi perniagaan masa depan.

“Dengan jaminan keuntungan tidak kurang daripada RM23 juta disasarkan untuk Rentas Health untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2022, cadangan pemerolehan itu pasti akan memberikan sumbangan positif kepada keuntungan kami,” katanya.

— BERNAMA

Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In