• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia diniaga bercampur-campur pada sesi dagangan tengah hari dengan indeks utama menebus kembali beberapa kerugian yang dicatatkan pada awal urus niaga.

Namun begitu, pasaran secara keseluruhan menyaksikan lebih banyak kaunter rugi berbanding untung di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati, kata para peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.33 mata kepada 1,493.33 daripada paras 1,493.0 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama yang dibuka 0.15 mata lebih tinggi pagi ini pada 1,493.15, berlegar antara 1,489.74 dan 1,495.53 di sepanjang sesi pagi.

Terdapat 537 kaunter rugi dan 337 kaunter untung sementara 385 kaunter tidak berubah, 913 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.35 bilion unit bernilai RM1.33 bilion.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, kelemahan FBM KLCI semalam mungkin kekal ke hari ini kerana kegiatan penjualan dalam kalangan dana asing dijangka terus kukuh.

  Seorang peniaga lain pula menambah selera risiko pelabur turut dipengaruhi oleh pemulihan pasaran saham China dengan harapan pakej rangsangan selanjutnya dapat meningkatkan ekonomi selain daripada penurunan kes harian COVID-19 di Malaysia.

“Perkembangan positif ini ditambah dengan kemajuan pesat program vaksinasi di Malaysia memberikan kekuatan kepada pasaran,” katanya kepada Bernama

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan PetChem masing-masing menambah satu sen kepada RM8.00, RM3.98 dan RM8.06, Tenaga naik tujuh sen kepada RM9.70, CIMB meningkat lima sen kepada RM4.52, sementara IHH dan Press Metal masing-masing kekal pada harga RM5.72 dan RM4.86.

Antara saham aktif, Serba Dinamik naik 4.5 sen kepada 42.5 sen, Permaju kukuh satu sen kepada 10 sen, Emico menambah empat sen kepada 34.5 sen sementara YLI untung 16 sen kepada 58 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 6.69 mata pada 10,972.97, Indeks FBMT 100 susut 5.27 mata kepada 10,686.86, FBM 70 jatuh 36.73 mata kepada 14,583.1, Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 21.77 mata kepada 12,049.5, dan FBM ACE merosot 6.68 mata kepada 7,080.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.98 mata kepada 14,723.53, Indeks Perladangan naik 31.62 mata kepada 6,040.86, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.07 mata kepada 187.75.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In