• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Diniaga Rendah Pada Sesi Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan tengah hari lebih rendah dengan dengan indeks utama kekal di bawah paras 1,500 mata, terjejas oleh sentimen pasaran yang lemah.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran menyusut 4.79 mata kepada 1,489.81 daripada penutupan Jumaat iaitu 1,494.6.

Indeks utama yang dibuka 2.79 mata lebih tinggi pada 1,497.39, bergerak antara 1,486.23 dan 1,499.74 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 612 berbalas 334 manakala 343 kaunter tidak berubah, 883 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.81 bilion unit bernilai RM1.14 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan kekal di zon negatif untuk sebahagian besar sesi pagi kerana ketidakpastian yang melanda persekitaran pasaran.

“Meskipun kebimbangan terhadap sekatan peraturan di China telah reda, sentimen di pasaran terjejas oleh perkembangan terbaru senario politik tempatan.

“Ketidakpastian itu sedikit sebanyak mendorong beberapa pelabur menarik balik pegangan mereka,” kata peniaga itu kepada Bernama.

Dalam kalangan saham saham berwajaran tinggi, Public Bank dan PChem masing-masing susut satu sen kepada RM3.97 dan RM8.03 manakala Tenaga turun tiga sen kepada RM9.61.

IHH melonjak enam sen kepada RM5.70, CIMB menambah satu sen kepada RM4.46, sementara Maybank tidak berubah pada RM8.01.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik turun 1.5 sen kepada 38 sen, PUC naik setengah sen kepada 18.5 sen, M3 susut satu sen kepada 5.5 sen, sementara Resintech menambah 12 sen kepada 71.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.7 mata kepada 10,958.77, Indeks FBMT 100 susut 10.05 mata kepada 10,671.2, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 13.2 mata kepada 12,035.88, dan FBM ACE merosot 27.85 mata kepada 7,052.78.

Bagaimanapun, FBM 70 melonjak 80.43 mata kepada 14,598.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 10.98 mata kepada 14,670.47, Indeks Perladangan menyusut 66.12 mata kepada 5,972.92, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah sebanyak 0.18 mata kepada 187.02.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In