• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Apa Kelayakan Untuk Tersenarai Di Main Market?

in Asas Saham
A A
Apa Kelayakan Untuk Tersenarai Di Main Market?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Kenapa lain kaunter ada lain warna dekat trading platform?

Setiap saham syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia mempunyai kriteria tertentu untuk dibahagikan mengikut jenis pasaran saham syarikat mereka didagangkan. Antara pasaran yang wujud adalah seperti: 

  • Main Market
  • Ace Market
  • Leap Market

Jika kita perasan, nama-nama kaunter saham yang didagangkan di platform juga didagangkan dengan warna yang berbeza mengikut jenis pasaran yang didagangkan.

Baca: Fahami Simbol-Simbol Dan Warna Berbeza Yang Ada Di Platform Trading

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Jadi, apakah perbezaan di antara ketiga-tiga jenis pasaran ini? 

Bagaimana pula sesebuah syarikat itu ditentukan untuk didagangkan di pasaran yang mana? 

Mari kita lihat beza antara ketiga-tiga pasaran ini dan kriteria setiap pasaran tersebut.

Apa Itu Main Market?

Sumber: Bursa Malaysia

Main Market atau dikenali sebagai papan utama merupakan papan dagangan terbesar di Bursa Malaysia. Setakat artikel ini ditulis, terdapat 760 syarikat yang tersenarai di Main Market.

Main market mempunyai syarat dan kriteria yang lebih ketat berbanding pasaran yang lain. Syarikat yang tersenarai di Main Market ini biasanya syarikat yang kukuh dan telah mencapai standard  yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dari segi:-

  • Kualiti perniagaan, 
  • Saiz syarikat
  • Operasi perniagaan

Untuk sesebuah syarikat layak disenaraikan di Main Market, syarikat tersebut akan dinilai mengikut kriteria kuantitatif dan kualitatif yang telah ditetapkan.

Artikel ini akan hanya memfokuskan kepada aspek kuantitatif sahaja. Untuk aspek kuantitatif, syarikat akan dinilai dari aspek seperti:

  • Kriteria Kemasukan Kuantitatif
  • Pembahagian Awam (Public Spread)
  • Penglibatan Pegangan Bumiputera* 

Kriteria Kemasukan Kuantitatif

Untuk aspek kriteria kemasukan kuantitatif ini, syarikat akan dinilai kepada tiga komponen aspek yang penting seperti:-

  1. Profit Test
  2. Market Capitalisation Test
  3. Infrastructure Corporation Test

Kriteria yang ditetapkan ini perlu dipenuhi oleh syarikat untuk layak tersenarai di main market.  

Profit Test

Untuk aspek profit test, syarikat perlu mempunyai keuntungan yang tidak terjejas untuk tiga hingga lima tahun kewangan. Purata keuntungan selepas cukai pula perlu tidak kurang daripada RM20 juta ke atas untuk tiga hingga lima tahun berkenaan.

Syarikat juga perlu mempunyai keuntungan selepas cukai melebihi RM6 juta untuk tahun kewangan terkini dan menjalankan perniagaan teras yang sama untuk prestasi kewangan yang dinilai.

Market Capitalisation Test (Modal Pasaran)

Sesebuah syarikat yang hendak tersenarai di papan utama perlu memiliki modal pasaran tidak kurang daripada RM500 juta semasa ianya disenaraikan.

Selain itu, pendapatan operasi syarikat juga perlu diperbadankan untuk sekurang-kurangnya satu tahun kewangan yang lengkap.

Infrastructure Project Corporation Test

Syarikat yang bakal disenaraikan di pasaran utama perlu memiliki hak untuk membina dan melaksanakan projek infrastruktur di dalam atau luar Malaysia. Kos projek yang dijalankan pula perlu sekurang-kurangnya bernilai RM500 juta.

Syarikat tersebut juga perlu mendapatkan konsesi atau lesen projek infrastruktur yang diberikan oleh badan kerajaan atau agensi negeri atau luar daripada Malaysia. Konsesi atau lesen tersebut juga perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya 15 tahun lagi. 

Pembahagian Awam

Untuk layak disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia, 25% daripada keseluruhan jumlah saham syarikat perlu didagangkan secara umum kepada orang awam. 

Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya saham syarikat perlu dimiliki oleh 1,000 orang pelabur yang memiliki sekurang-kurangnya 100 unit saham setiap orang. 

Penglibatan Pegangan Bumiputera

Saham yang didagangkan di pasaran utama ini perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera sebanyak 50% saham yang didagangkan kepada awam.

Pengecualian untuk peruntukan Bumiputera ini hanya untuk syarikat yang mempunyai status MSC, status BioNexus dan syarikat yang mempunyai operasi yang berpusat di luar negara sahaja. 

Apa Contoh Syarikat Di Main Market?

Terdapat lebih daripada 700 syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia yang tersenarai di pasaran utama. Antara contoh nama syarikat yang biasa kita dengar adalah seperti:-

  • Tenaga Nasional Berhad
  • Top Glove
  • Poh Kong
  • MYEG
  • MRDIY

Antara saham di pasaran utama ini, ada juga yang menjadi komponen FBM KLCI yang menentukan indeks pasaran tempatan setiap hari. 

Baca: FBM KLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?

Syarikat yang tersenarai di pasaran utama ini bebas untuk dibeli oleh pelabur baik pelabur runcit atau pelabur institusi tanpa sebarang syarat. 

Ini baru kriteria kuantitatif untuk syarikat yang didagangkan di Main Market. Tetapi apa pula kriteria syarikat yang berada di pasaran Ace dan Leap? 

Boleh ke pelabur biasa melabur di dalam syarikat yang disenaraikan di pasaran Ace dan Leap ni?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria pasaran Ace dan Leap, nantikan artikel susulan daripada kami. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share615ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In