• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Daripada Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dengan para pelabur mengambil petunjuk daripada limpahan prestasi semalaman pasaran AS yang bercampur-campur, menyaksikan Nasdaq bergerak rancak manakala Dow pula menyusut di tengah-tengah penurunan pendapatan korporat.

Harga saham dan bon kerajaan AS melonjak dengan ketara pada Rabu selepas Rizab Persekutuan memperakui peningkatan ekonomi AS pada mesyuarat terbarunya tetapi pada masa yang sama memilih untuk mengekalkan pendirian yang tidak berubah terhadap dasar semasanya, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.37 mata lebih baik pada 1,517.76 daripada penutupan urus niaga Rabu 1,515.39.

Indeks utama dibuka 0.42 mata lebih rendah pada 1,514.97.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 210 berbalas 141 manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,634 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 245.91 juta unit bernilai RM104.03 juta.

Dalam catatan penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata  FBM KLCI ditutup agak positif semalam berikutan aktiviti lewat pembelian semasa harga saham murah tetapi keuntungan yang diraih dikekang oleh kes COVID-19 serta perkembangan politik baru-baru ini.

“Walaupun jangkitan COVID-19 setiap hari terus meningkat,  kami menjangkakan kadar vaksinasi mampu menghakis sentimen negatif dan peniaga akan mencari peluang pemulihan.

“Pada masa yang sama, kedua-dua Niaga Hadapan Hang Seng dan Wall Street semalaman mungkin mempamerkan lantunan teknikal dan ini boleh memberi manfaat kepada saham di pasaran tempatan terutamanya sektor teknologi,” katanya.

Bagi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) turun kerana permintaan dilihat perlahan terutama dari India dan China sementara harga minyak mentah terus meningkat,” tambah firma broker itu.

“Untuk sektor fokus pula, dengan mengambil petunjuk daripada prestasi positif semalaman di Nasdaq, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada sektor teknologi,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.06, Public Bank meningkat satu sen pada RM4.02, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM7.97 sementara TNB dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM9.78 dan RM5.80.

Bagi saham aktif, Kanger menambah satu sen kepada tujuh sen, Tanco naik 1.5 sen kepada 18 sen, Hwa Tai meningkat sembilan sen kepada RM1.16 sementara Sasbadi dan MAG menokok naik masing-masing setengah sen kepada 22 sen dan 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.87 mata kepada 11,115.09, Indeks FBMT 100 naik 21.16 mata kepada 10,820.22 dan FBM 70 mengukuh 45.05 mata kepada 14,604.02

Indeks FBM Emas Syariah pula 15.29 mata lebih tinggi pada 12,212.88 tetapi FBM ACE turun 0.25 mata kepada 7,239.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.31 mata kepada 14,861.65, Indeks Perladangan menambah 9.60 mata kepada 6,179.62, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 187.93.

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In