“Korang setiap hari trade di Bursa Malaysia tu, tahu tak Bursa pun tersenarai di Bursa Malaysia?”
Masih ramai yang mungkin tidak mengetahui sebenarnya saham Bursa boleh dibeli di pasaran terbuka. Bursa Malaysia disenaraikan di Papan Utama. Modal pasaran semasa Bursa adalah sekitar RM6 bilion.
Sumber: Borneo Post Online
Bursa Malaysia Berhad antara syarikat yang mencatatkan keuntungan yang konsisten setiap tahun. Tahun 2020 menyaksikan Bursa Malaysia mempunyai antara rekod yang terbaik dengan perolehan serta margin keuntungan yang tinggi.
Ia berpunca daripada penglibatan tinggi pelabur runcit dalam pasaran saham pada tahun lepas kerana orang ramai mempunyai banyak masa melabur saham ketika perintah kawalan pergerakan yang lalu.
Sumber: malaysiastock.biz
Perbandingan Suku Kedua 2021 & Suku Kedua 2020
Baru-baru ini pada 28 Julai 2021, Bursa Malaysia telah mengeluarkan laporan kewangan suku tahunan yang terkini iaitu bagi suku kedua tahun 2021.
Sumber: malaysiastock.biz
Berdasarkan perbandingan di atas, suku kedua tahun 2021 merekodkan prestasi yang lebih baik berbanding suku kedua tahun 2020. Perolehan Bursa pada suku kedua 2021 mencatatkan kenaikan 9% jika dibandingkan dengan suku kedua tahun 2020.
Bursa Malaysia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM88.97 juta pada suku kedua 2021 berbanding hanya RM86.23 juta pada suku yang sama pada tahun lepas.
Walaubagaimanapun, prestasi kewangan Bursa merosot sebanyak 27% jika dibandingkan dengan suku pertama 2021.
Sumber: KLSE Screener
Sebanyak 51 sen sesaham dividen diagihkan bagi tahun kewangan yang berakhir pada tahun 2020. Berdasarkan pengagihan dividen tersebut, kadar hasil dividen Bursa adalah pada 6.71%.
Pelabur yang membeli saham untuk mendapatkan dividen mungkin tertarik kepada saham seperti ini.
Sumber: Laporan Kewangan Bursa
Berdasarkan laporan kewangan suku tahunan terkini yang dikeluarkan oleh Bursa, syarikat itu akan memberi dividen interim kepada pemegang sahamnya. Kadar dividen interim tersebut adalah sebanyak 24 sen sesaham.
Pemegang saham yang memiliki saham ini pada 18 Ogos 2021 layak menerima dividen ini.
Pemegang Utama Saham Bursa
Sumber: Bursa Market Place
10 pemegang saham utama Bursa adalah terdiri daripada pelabur institusi tempatan dan luar negara.
Prospek & Sasaran
Pasaran Sekuriti
Pasaran sekuriti menyaksikan penyertaan aktif daripada pelabur runcit yang menyumbang kepada prestasi pasaran saham. Bursa Malaysia akan meneruskan inisiatif untuk mengekalkan kehadiran pelabur runcit serta menarik minat pelabur institusi kembali ke dalam pasaran.
Pasaran Derivatif
Dalam pasaran derivatif, aktiviti dagangan FCPO dipengaruhi perkembangan situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia dan Indonesia. Kemelut kesihatan di kedua-dua buah negara ini mempengaruhi pengeluaran minyak sawit.
Pengurangan duti import kerajaan India terhadap minyak sawit dijangkakan akan menggalakkan import minyak sawit serta menyokong harga FCPO. Baru-baru ini, pihak Bursa telah mengumumkan sesi dagangan FCPO dibuka di sebelah malam yang akan dilancarkan menjelang suku keempat 2021. Ini akan menarik minat pedagang global ke dalam pasaran derivatif Malaysia.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->


