• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Negatif Sepanjang Sesi Urus Niaga Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi lebih rendah, terjejas oleh kegiatan pengambilan untung yang membabitkan saham berwajaran tinggi terpilih.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.93 mata kepada 1,510.67 daripada 1,514.60 ketika ditutup pada urus niaga Selasa.

Indeks utama dibuka 3.14 mata lebih rendah pada 1,511.46 dan bergerak antara 1,510.36 dan 1,516.35 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 505 berbalas 318 manakala 421 kaunter tidak berubah, 999 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.16 bilion unit bernilai RM1.03 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka rendah hari ini dan kekal negatif sepanjang sesi pagi, mengambil isyarat daripada penurunan semalaman di Wall Street yang didorong oleh kemunculan aktiviti pengambilan untung selepas sekatan peraturan oleh Beijing menular di pasaran Amerika Syarikat.

Bursa tempatan turut memantau ekuiti-ekuiti Asia yang mempamerkan prestasi rendah pada separuh sesi pertama pagi ini.

“Pelabur akan terus menantikan keputusan dasar Rizab Persekutuan AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini bagi mendapatkan petunjuk mengenai garis masa bank pusat untuk pengurangan aset dan kenaikan kadar faedah bagi hala tuju pasaran,” tambahnya.

Bagi prestasi serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.25 peratus kepada 3,131.07, Kospi Korea Selatan merosot 0.23 peratus menjadi 3,225.12, Nikkei 225 Jepun lebih rendah sebanyak 1.48 peratus kepada 27,556.08 dan Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.24 peratus kepada 25,027.16.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM8.02, Petronas Chemicals naik empat sen pada RM7.99 dan TNB meningkat satu sen kepada RM9.74.

IHH Healthcare turun tiga sen kepada RM5.80 sementara Public Bank tidak berubah pada RM4.01.

Bagi saham aktif, waran Ecofirst naik empat sen kepada 5.5 sen, Atroniq menambah 7.5 sen kepada 48 sen, waran Johan Holdings mengembang tiga sen kepada 3.5 sen sementara XOX dan AT Systematization tidak berubah masing-masing pada empat sen dan 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 29.10 mata kepada 11,070.24, FBM ACE lebih rendah 29.84 mata kepada 7,221.40 dan Indeks FBMT 100 turun 28.99 mata kepada 10,774.64.

Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 44.95 mata pada 12,166.37 dan FBM 70 merosot 43.09 mata kepada 14,561.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 6.85 mata kepada 14,771.70, Indeks Perladangan turun 42.85 mata kepada 6,156.60 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.74 satu mata kepada 187.70.

– BERNAMA

Share442ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In