• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Mengambil Petunjuk Daripada Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama)  — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini mengambil isyarat daripada penurunan semalaman di Wall Street selepas penanda aras syarikat berteknologi merosot sehingga paras terendah dalam masa dua bulan setengah berikutan kebimbangan terhadap sekatan peraturan oleh Beijing yang menular di pasaran Amerika Syarikat, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 2.91 mata kepada 1,511.69 daripada  1,514.60 sewaktu ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka rendah 3.14 mata kepada 1,511.46.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 218 kepada 146, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,627 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 201.85 juta unit bernilai RM73.04 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikan berkata, mengenepikan trend penurunan serantau, FBM KLCI naik semula dan mencatat peningkatan sederhana semalam berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah serta jangkaan bagi pembukaan semula ekonomi menjelang Oktober.

Katanya pelabur asing juga adalah penjual bersih untuk sesi ketiga.

“Walaupun pelabur akan mengalihkan tumpuan mereka daripada jangkitan harian kes COVID-19 kepada kadar vaksinasi tempatan yang positif, sentimen tempatan mungkin masih kekal berhati-hati susulan prestasi negatif di China dan Hong Kong selepas Beijing mengumumkan langkah tambahan terhadap sektor teknologi, pendidikan dan hartanah,” katanya.

Bagi sektor dalam tumpuan, sektor berkaitan kenderaan elektrik (EV) meraih momentum dengan jangkaan permintaan terhadap EV akan berkembang dalam masa terdekat, katanya.

Selain itu, pelabur mungkin menyaksikan minat belian dalam Kossan berikutan hasilnya yang kukuh, yang akhirnya memberi limpahan kepada saham sarung tangan lain, walaupun sektor itu mengalami penurunan ketika program vaksinasi yang sedang dijalankan, selain kemerosotan harga purata jualan sarung tangan.

“Paras rintangan dijangka sekitar 1,530 hingga 1,550, manakala paras sokogan dikesan dalam lingkungan 1,500 di tengah-tengah sentimen optimis, namun berhati-hati,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare turun satu sen masing-masing kepada RM4.00, RM7.94 dan RM5.82, TNB menokok satu sen kepada RM9.74, manakala Maybank tidak berubah pada RM8.00.

Bagi saham aktif, waran Johan Holdings naik tiga sen kepada 3.5 sen, Atroniq menokok 10 sen kepada 50.5 sen, waran Ecofirst meningkat 6.5 sen kepada lapan sen, PUC naik setengah sen kepada 18.5 sen, manakala PDZ turun setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 10.88 mata kepada 11,088.46, FBM ACE turun 19.98 mata kepada 7,231.26 dan Indeks FBMT 100 jatuh 13.55 mata kepada 10,790.08.

Indeks FBM Emas Shariah rendah 11.29 mata kepada 12,200.03, namun FBM 70 naik 9.59 mata kepada 14,614.58.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 27.75 mata kepada 14,737.10, Indeks Perladangan merosot 0.35 mata kepada 6,199.10, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.27 mata kepada 188.17.

— BERNAMA

Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In