• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DNeX Unjur Pendapatan SealNet Melonjak 300 Peratus

in Catalyst
A A
Saham DNEX Paling Aktif Didagangkan Susulan Rancangan Pengambilalihan

Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Dagang NeXchange Bhd (DNeX) menjangkakan pendapatan daripada produk terbarunya SealNet, akan meningkat sekitar 300 peratus.

SealNet adalah platform perdagangan dan logistik digital yang menyediakan perkhidmatan logistik dan rentas sempadan berasaskan awan sehenti untuk memudahkan proses perdagangan.

Pengarah Urusan kumpulan Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata produk baharu itu dijangka mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada keuntungan DNeX.

“Kami sentiasa bersaing dengan cara kami menyediakan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi secara maya SealNet, hari ini.

Disasarkan kepada pengimport, pengeksport, pengeluar dan perniagaan berkaitan perdagangan, SealNet memperkasa para pelanggan dengan platform masa nyata yang mudah digunakan dan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana jua.

Syed Zainal berkata syarikat-syarikat memerlukan penyelesaian yang tepat dalam berhadapan cabaran daripada kerumitan rantaian bekalan hari ini dan menangani pandemik COVID-19.

“Justeru, kami gembira dapat menawarkan platform perdagangan dan logistik digital yang dapat menangani cabaran-cabaran ini.

“Dengan SealNet, kami juga berusaha untuk mengatasi titik kesukaran yang telah menghalang kecekapan dan menyumbang kepada kos yang tidak perlu dalam industri ini. Kami menempatkan SealNet sebagai penyambung perdagangan digital global yang memudahkan perdagangan serantau dan global,” katanya.

Beliau berkata SealNet dibangun dengan kepintaran untuk menghubungkan dan mendigitalkan komponen merentasi rantaian bekalan dan logistik global untuk meningkatkan kecekapan mekanisme memudahkan pengangkutan dan perdagangan, merancakkan produktiviti industri pedagang dan logistik serta menyediakan sistem elektronik yang lebih baik untuk logistik dan perdagangan rentas sempadan.

“Dengan adanya ketelusan dan integriti data serta pengurusan kos yang efektif dan keputusan bermaklumat, anda dapat meningkatkan kecekapan dan pastinya dengan pulangan yang lebih tinggi,” tambah beliau.

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In