• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DNeX Selesai Ambil Alih Silterra, Sasar Pasaran Semikonduktor Global

in Catalyst
A A
Saham DNEX Paling Aktif Didagangkan Susulan Rancangan Pengambilalihan

Gambar: The Malaysian Reserve

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Dagang NeXchange Bhd (DNeX) telah selesai mengambil alih 60 peratus kepentingan dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd, sekali gus menjadikan DNeX pemegang saham utama SilTerra.

Pengarah Urusan Kumpulan DNeX Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata kumpulan yakin dengan kemampuannya untuk mentransformasi SilTerra menjadi pemain teknologi semikonduktor global yang berdaya saing yang dapat memanfaatkan permintaan yang tinggi terhadap cip semikonduktor di seluruh dunia, bersama dengan rakan kongsinya Beijing Integrated Circuit Advanced Manufacturing dan High-End Equipment Equity Investment Fund Center (CGP Fund).

“Pada masa depan, kami akan memberi tumpuan kepada mengukuhkan asas SilTerra dari segi penggunaan kilang dan mengoptimumkan kos selain memperkenalkan rangkaian pelanggan global yang luas. Sudah tiba masanya untuk meletakkan SilTerra semula di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dengan tumpuan kepada penggunaan teknologi pembuatan semikonduktor yang terkini, DNeX menjangka untuk memberikan kesan limpahan yang positif dalam rantaian nilai semikonduktor di Malaysia, terdiri daripada syarikat yang terlibat dalam reka bentuk produk, pembuatan, pembungkusan dan pemasangan.

Pengambilalihan 60 peratus kepentingan dalam SilTerra oleh DNeX adalah bernilai RM168.3 bilion, manakala CGP Fund memiliki baki 40 peratus kepentingan dalam syarikat pengeluar cip terbesar negara itu.

DNeX dan CGP Fund merancang untuk meneruskan pelbagai inisiatif bagi menaik taraf keupayaan peralatan dan pembuatan SilTerra dalam teknologi baharu, meningkatkan penggunaan kilang, mengoptimumkan campuran produk yang lebih baik dan meningkatkan margin jualan.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In