• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kekal Positif Sepanjang Sesi Urus Niaga Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia kekal diniagakan tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini sejajar dengan prestasi di kebanyakan bursa serantau, dirangsang oleh kegiatan membeli semasa harga saham murah membabitkan kaunter berwajaran tinggi.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.97 mata kepada 1,515.50 daripada 1,512.53 ketika ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 3.20 mata lebih tinggi pada 1,515.50 dan bergerak antara 1,513.20 dan 1,517.39  sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 493 berbalas 348 manakala 444 kaunter tidak berubah, 941 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.29 bilion unit bernilai RM1.34 bilion.

Seorang peniaga berkata bursa  tempatan dibuka lebih tinggi dan kekal dalam zon positif sepanjang sesi pagi, menjejaki prestasi keuntungan sederhana rakan serantau yang lain dengan pasaran China dan Hong Kong kembali stabil daripada kerugian mendadak pada hari sebelumnya.

Ekuiti Asia turut mengambil petunjuk daripada prestasi di Wall Street dan ekuiti Eropah yang beralih antara keuntungan dan kerugian sederhana pada hari Isnin menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bank pusat AS minggu ini, katanya.

Di pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.50 peratus kepada 3,154.66, Kospi Korea Selatan menokok 0.71 peratus kepada 3,247.79, Nikkei 225 Jepun menambah 0.56 peratus kepada 27,989.32 tetapi Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.03 peratus kepada 25,922.83.

Beliau menambah bursa tempatan turut diniagakan dalam mod stabil dengan para pelabur terus mengambil sikap berhati-hati dengan bermulanya sidang khas Parlimen selama lima hari minggu ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.01, Public Bank dan TNB masing-masing menambah dua sen kepada RM4.02 dan RM9.72, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM5.80 tetapi Petronas Chemicals turun dua sen pada RM7.97 .

Antara saham aktif, BCM Alliance OR turun 11.5 sen kepada setengah sen, Serba Dinamik dan PUC naik setengah sen masing-masing kepada 42.5 sen dan 18 sen, Central Global menambah tiga sen kepada RM1.75 sementara BCM Alliance kekal pada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.80 mata kepada 11,112.11, FBM 70 naik 22.61 mata kepada 14,630.55, Indeks FBM Emas Syariah 2.47 mata lebih baik pada 12,219.33, dan Indeks FBMT 100 naik 20.02 mata kepada 10,813.29.

FBM ACE susut 10.81 mata kepada 7,312.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.65 mata kepada 14,793.89, Indeks Perladangan meningkat 5.14 mata kepada 6,194.42, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.11 mata kepada 189.12.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In