• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Sederhana Pasaran Asia

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi peningkatan sederhana yang dicatatkan oleh pasaran serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.98 mata kepada 1,516.51 daripada 1,512.53 pada akhir dagangan semalam.  

Indeks penanda aras itu naik 3.2 mata kepada 1,524.47 sewaktu pasaran dibuka.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 211 berbanding 151 manakala 238 kaunter lain tidak berubah, 1,626 lain tidak diniagakan dan 30 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 273.93 juta unit bernilai RM108.76 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata FBM KLCI dan pasaran secara meluas susut pada Isnin, seiring dengan prestasi negatif pasaran saham di China dan Hong Kong berikutan kebimbangan mengenai peraturan lebih ketat dalam sektor tertentu.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan aktiviti memburu saham berharga rendah akan ketara di pasaran tempatan selepas jualan semalam ketika penggiat pasaran mulai memberi reaksi terhadap impak perkembangan di China atau di Hong Kong.

“Selain itu, para pelabur juga sepatutnya memberi tumpuan terhadap tahap pemberian suntikan vaksin harian yang lebih tinggi berbanding kes harian COVID-19 dengan kerajaan memberi perhatian untuk pembukaan semula aktiviti perniagaan bagi kemajuan masa depan,” katanya.

Dari segi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah pula meneruskan kenaikan masing-masing, kata firma pembrokeran itu.

Bagi sektor, pasaran dijangka menyaksikan minat belian terhadap saham-saham minyak dan gas berikutan peningkatan harga komoditi dengan perkembangan sama dijangka turut dialami oleh sektor teknologi selepas aktiviti jualan ketara pada Isnin.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.01, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.03, TNB meraih dua sen kepada RM9.72 manakala IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM5.82 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.99.

Saham aktif menyaksikan waran BCM Alliance jatuh 11.5 sen kepada setengah sen manakala sahamnya susut setengah sen kepada 15 sen.

Serba Dinamik dan warannya masing-masing naik satu sen kepada 43 sen dan 10 sen manakala PUC meraih setengah sen kepada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.19 mata kepada 11,125.50, FBM ACE menokok 33.90 mata kepada 7,357.40 dan FBM 70 menambah 29.92 mata kepada 14,637.86.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 22.47 mata kepada 12,239.33 manakala Indeks FBMT 100 meningkat 26.74 mata kepada 10,820.01.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 63.72 mata kepada 14,816.96, Indeks Perladangan meningkat 40.64 mata kepada 6,229.92 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.15 mata kepada 189.16. 

— BERNAMA

Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In