• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Sesi Dagangan Pagi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia kekal rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Isnin, dipengaruhi oleh tekanan penjualan yang menyeluruh dalam saham berwajaran tinggi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras, turun 5.13 mata kepada 1,518.31 daripada 1,523.44 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks utama itu dibuka 1.03 mata lebih tinggi kepada 1,524.47 sebelum bergerak di antara 1,516.50 dengan 1,525.73 sepanjang dagangan pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 508 berbanding 389 manakala 427 kaunter tidak berubah, 913 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.60 bilion unit bernilai RM1.35 bilion.

Peniaga berkata pasaran ekuiti tempatan dibuka tinggi sedikit namun mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi bursa serantau walaupun Wall Street ditutup pada paras tinggi baharu pada Jumaat apabila didorong pelaporan korporat Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan.

Prestasi Bursa Malaysia sejajar dengan bursa serantau di Asia yang mencatatkan penyusutan selepas bergelut semasa pembukaan dagangan untuk mengikuti pergerakan kukuh ekuiti AS, katanya.

Beliau berkata peserta pasaran kekal berhati-hati memandangkan sektor teknologi di China terjejas.

“Sentimen dalam pasaran pesat membangun kekal dalam keadaan enggan mengambil risiko memandangkan prestasi kewangan korporat AS yang kukuh telah mendorong dana keluar dari pasaran pesat membangun untuk menyertai Wall Street,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bursa tempatan juga didagangkan dalam keadaan tidak banyak berubah kerana pelabur tetap berhati-hati dengan persidangan khas Parlimen selama lima hari.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.54 peratus kepada 3,139.99; Indeks Hang Seng Hong Kong susut 2.91 peratus kepada 26,527.06 manakala Kospi Korea Selatan kurang 0.48 peratus kepada 3,238.79 dan Nikkei 225 Jepun naik 1.21 peratus kepada 27,882.65.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare masing-masing susut dua sen kepada RM8.01 dan RM5.77, Public Bank dan TNB masing-masing turun satu sen kepada RM4.01 dan RM9.72 manakala Petronas Chemicals turun tujuh sen kepada RM7.98 .

Antara saham aktif, waran Wegmans turun tiga sen kepada empat sen, Sapura Energy kurang setengah sen kepada 12 sen, SMTrack menambah dua sen kepada 10 sen, waran Globaltec meningkat 3.5 sen kepada 17 sen sementara MAG Holdings tidak berubah pada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.57 mata kepada 11,150.56, Indeks FBMT 100 kurang 26.36 mata kepada 10,846.26 dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 29.91 mata kepada 12,295.25.

FBM ACE menokok 22.77 mata kepada 7,446.0 dan FBM 70 naik 4.19 mata kepada 14,725.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 57.61 mata kepada 14,787.32, Indeks Perladangan turun 19.84 mata kepada 6,223.70 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.39 mata kepada 190.26.

— BERNAMA

Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In