• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Sebelum Mula Menyusut Seiring Dengan Prestasi Bursa Serantau

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini tetapi menyusut kemudiannya, mengambil petunjuk daripada prestasi bursa serantau yang lain.

Bursa tempatan turut mengetepikan prestasi Wall Street yang ditutup pada paras tinggi baharu Jumaat lepas, disokong oleh pendapatan korporat yang kukuh serta sokongan berterusan bank pusat terhadap pasaran kewangan.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.35 mata kepada 1,519.09 daripada penutupan Jumaat pada 1,523.44.  

Indeks utama dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,524.47.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 272 berbalas 185 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,453 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 458.67 juta unit bernilai RM229.01 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya hari ini, walaupun bursa tempatan diniagakan dalam mod mendatar tetapi lebih kepada aliran meningkat minggu lepas, pelabur mungkin mengambil sikap berhati-hati dengan bemulanya persidangan khas Parlimen selama lima hari pada minggu ini.

Namun begitu, firma pembrokeran itu menambah pihaknya turut menjangkakan para pelabur mengalihkan perhatian mereka daripada kadar jangkitan COVID-19 harian kepada kadar vaksinasi yang sedang berjalan sekarang yang terus melepasi paras 400,000 dos sehari dan mereka percaya bahawa ini akan membantu menstabilkan sentimen pasaran dan meningkatkan fokus pada pemulihan saham tema.

Sementara itu, ia berkata harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak Brent telah melonjak minggu lepas.

“Bagi sektor fokus, perkembangan positif di Nasdaq mungkin dapat membantu saham teknologi tempatan.

“Selain itu, kaunter perladangan mungkin meraih keuntungan seiring dengan kenaikan harga MSM di tengah-tengah kebimbangan terhadap pengeluaran yang lebih lemah sementara saham bertema pemulihan turut menjangkakan beberapa minat belian dalam bergerak ke hadapan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM8.03 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM5.76.

Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM8.03, RM4.02 dan RM9.73.

Bagi saham aktif, SMTrack naik 3.5 sen kepada 11.5 sen, MAG Holdings menambah satu sen kepada 20.5 sen, PUC menokok dua sen kepada 17.5 sen, LYC Healthcare naik tiga sen kepada 34.5 sen sementara waran XOX tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 15.12 mata kepada 11,163.01, dan FBM ACE melonjak 59.06 mata kepada 7,482.29 dan FBM 70 naik 28.92 mata kepada 14,750.23.

Indeks FBM Emas Syariah turun 18.26 mata pada 12,306.90 dan Indeks FBMT 100 susut 17.50 mata kepada 10,855.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.03 mata kepada 14,818.90, Indeks Perladangan turun 25.38 mata kepada 6,218.16, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 189.91.

– BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In