• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Hong Seng Peroleh Kontrak Bekal Kit Ujian PCR Bernilai RM112.32 Juta

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Hong Seng Peroleh Kontrak Bekal Kit Ujian PCR Bernilai RM112.32 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Anak syarikat tidak langsung Hong Seng Consolidated Bhd, Pantasniaga Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM112.32 juta daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan kit ujian reaksi rantai polimerase (PCR) COVID-19.

Dalam kenyataan hari ini, Hong Seng berkata Pantasniaga, anak syarikat 51 peratus milik HS Bio Sdn Bhd, yang juga anak syarikat milik penuh Hong Seng, akan membekalkan kit ujian PCR untuk Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam di Kota Kinabalu, Sabah.   

“Ini merupakan kontrak terbesar yang pernah diterima Pantasniaga setakat ini selepas memperoleh kontrak bernilai RM34.3 juta daripada Kementerian Kesihatan pada 3 Feb, 2021.

“Kontrak itu akan bermula pada 26 Julai 2021 dan berakhir pada 25 Julai 2022,” katanya.  

Dalam kenyataan berasingan hari ini, Pengarah Eksekutif Hong Seng, Christopher Chan berkata kontrak terkini yang diperoleh itu merupakan satu lagi bukti komitmen kukuh kumpulan yang membolehkan ujian COVID-19 yang selamat dan berkesan di Malaysia.

“Sebelum ini, Pantasniaga telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenuhi beberapa kontrak pembekalan untuk Kementerian Kesihatan dan agensi kerajaan lain dalam membekalkan kit ujian PCR di Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi mengekang penularan virus COVID-19,” katanya.  

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada keseluruhan pendapatan akan datang dan pendapatan sesaham kumpulan, katanya.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In