• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, August 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Inix Jangka Kumpul RM4.48 Juta Menerusi Tawaran Saham Persendirian

in Catalyst
A A
INIX-L&S Gloves Akan Ganda Kapasiti Pengeluaran Menjelang Febuari

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Inix Technologies Holdings Bhd bercadang untuk melaksanakan penawaran saham persendirian sebanyak 46.66 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk mempelbagaikan operasi ke dalam perniagaan sarung tangan. 

Inix dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata penawaran saham persendirian itu dijangka mengumpulkan hasil kasar sehingga RM4.48 juta, berdasarkan kepada harga terbitan ilustratif 9.6 sen bagi setiap saham yang ditawarkan.

Berikutan cabaran dalam perniagaan sedia ada iaitu segmen teknologi maklumat dan komunikasi, syarikat itu berkata ia merancang mempelbagaikan pendapatannya dan mengurangkan pergantungannya kepada perniagaan teras sedia adanya ketika ini. 

“Cadangan tawaran saham persendirian itu mewakili tidak lebih daripada 10 peratus daripada bilangan saham sedia ada dalam syarikat. 

“Cadangan pempelbagaian itu termasuk pembuatan, pemasaran dan dagangan sarung tangan,” katanya. 

Setakat 19 Julai, 2021, modal saham terbitan Inix ialah sebanyak RM64.47 juta terdiri daripada 466.60 juta saham Inix.

“Harga terbitan saham yang ditawarkan akan ditentukan, ditetapkan dan diumumkan oleh lembaga pengarah pada satu tarikh kelak selepas menerima kelulusan daripada Bursa Sekuriti bagi cadangan penawaran saham persendirian itu.

“Hasil akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan sarung tangan kami yang bernilai RM4.249 juta dalam tempoh lapan bulan manakala bakinya bagi perbelanjaan cadangn tersebut,” katanya. 

Kumpulan itu berkata ia merancang untuk mengeluarkan sarung tangan lateks bagi penggunaan domestik sebagai permulaan dan mungkin menimbang meneroka jenis sarung tangan lain dan atau pasaran eksport lain pada masa depan. 

“Ia bergantung kepada permintaan terhadap jenis sarung tangan lain, keperluan pelesenan dan atau ketersediaan barisan pengeluaran bagi pengeluaran jenis sarung tangan baharu,” kata Inix. 

“Bersandarkan pada ini, lembaga pengarah optimis dengan prospek masa depan perniagaan sarung tangan kumpulan,” katanya. 

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In