• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Semikonduktor: Asas Kepada Teknologi Moden

in Fundamental Analisis
A A
Semikonduktor: Asas Kepada Teknologi Moden
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber : BrinkNews

Ramai sebenarnya yang tak tahu bahawa asas kepada teknologi moden yang ada di sekeliling kita pada hari ini, adalah berdasarkan kepada semikonduktor. Apabila kita faham mengenainya, baru kita akan tahu potensi sektor ini pada masa hadapan.

Saya sertakan 15 perkara penting yang kita perlu hadam.

1. Semikonduktor adalah komponen yang meluas dalam pelbagai segmen elektronik, transistor dan juga microchip. Tanpa semikonduktor, pelbagai kemajuan teknologi tidak akan terhasil.

2. Peluang yang terhidang untuk membuat untung dalam sektor ini adalah seiring dengan suasana teknologi yang terus berkembang dengan pesat

3. Antara perkembangan teknologi yang boleh kita perhatikan adalah:-

  • Perkembangan pesat 5G
  • ‘Cloud Computing’
  • Artificial Intelligence (AI)
  • Kenderaan Elektrik
  • Internet of Things (IoT)

Semua perkara di atas dijangka mampu untuk meningkatkan permintaan yang mendadak terhadap chip related products. 

Baca : Maybank IB Yakin Dengan Sektor Semikonduktor, Ulangi Penarafan Positif

4. Pasaran semikonduktor dijangka akan terus berkembang daripada USD513 bilion pada tahun 2019 kepada USD726 bilion pada tahun 2027. 

5. Terdapat 3 model perniagaan utama dalam industri semikonduktor iaitu fabless, foundries dan integrated device manufacturers. Mari kita tengok apa beza setiap satu business model ini.

6. Syarikat fabless merujuk kepada syarikat yang design, market and sell hardware tetapi menggunakan sumber luar untuk fasa fabrication hardware kepada pihak ketiga. Contoh syarikat jenis fabless yang  terkenal adalah seperti Apple, Nvidia dan AMD.

Fabricating hardware merujuk kepada pembuatan komponen dalam peranti. Untuk memudahkan pemahaman, model fabless akan menentukan jenis hardware yang diperlukan tetapi pembuatan hardware tersebut akan diserahkan kepada pakar pembuatan. 

Ini dapat meningkatkan profit margin syarikat kerana tidak memerlukan sumber yang banyak untuk pembuatan sendiri.

Pengkhususan dalam fabless boleh membantu syarikat tersebut untuk menyalurkan modal dan sumber mereka kepada R&D teknologi baru sambil menikmati hasil produk yang telah diserahkan kepada pakar lain.  

Secara ringkas, setiap model akan fokus kepada skop masing-masing supaya mendapat hasil yang terbaik. Sejak puluhan tahun, AMD telah terlibat dalam keseluruhan proses pembuatan microchip namun sejak 2009, AMD membuat keputusan untuk mengasingkan operasi pembuatan mereka dan menubuhkan syarikat Globafoundries bagi tujuan itu. Sejak itu, AMD berjaya meletakkan diri mereka sebagai syarikat fabless yang lebih maju ke hadapan. 

Strategi tersebut merupakan satu keperluan buat AMD dalam memastikan mereka dapat bersaing dengan syarikat gergasi semikonduktor yang lain, Intel. Dengan penghasilan Ryzen CPU menggunakan pihak ketiga, mereka kini akhirnya telah berjaya menamatkan dominasi Intel dalam pasaran CPU.

Yang kedua adalah syarikat foundries. Ia merujuk kepada syarikat fabrication yang tidak mempunyai keupayaan untuk design. Mereka hanya fokus kepada pembuatan integrated circuit. 

Kebanyakan syarikat foundries berpusat di Taiwan dan China yang mempunyai gaji pekerja yang rendah.

Nama Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) sudah tentu tidak asing lagi  buat peminat sektor teknologi. Syarikat ini telah memulakan perniagaan foundry sejak tahun 1987 dan kini mereka merupakan the largest independent manufacturer of microchips dengan market share melebihi 50%.

Sumber : Apple

Apple juga merupakan pelanggan TSMC yang merangkumi hampir 20% pendapatan tahunan TSMC, Nvidia, AMD, Broadcom dan juga Qualcomm.

8. Yang ketiga pula adalah Integrated Device Manufacturer’(IDM), sebuah syarikat yang terlibat dalam keseluruhan rantaian bekalan (supply chain), bermula daripada designing, manufacturing and sale of IC products. Senang cerita, semua perkara yang melibatkan foundries dan fabless akan dilakukan oleh mereka. 

Antara syarikat IDM yang terkenal adalah Samsung dan Intel. Jadi, kelebihan yang ada pada IDM adalah:-

  • Terlibat secara langsung dalam setiap peringkat, produksi boleh menjadi lebih efisien dan cost-effective. 
  • Jika external foundries  digunakan, kemungkinan kekurangan sumber untuk melayan client  yang ramai wujud. Jika external foundries tidak digunakan, masalah ini tidak akan wujud. 
  • Tiada keperluan untuk mendedahkan maklumat sulit microchip dan design kepada 3rd party yang berkemungkinan untuk bocor.  

Apa kekurangan model ini?

Dalam keadaan industri semikonduktor yang semakin berkembang, kompleksiti setiap produk adalah amat tinggi. Kos akan meningkat sekiranya satu syarikat sahaja yang menguruskan pembuatan produk. 

Oleh itu, model fabless-foundry kelihatan lebih baik kerana setiap syarikat dapat fokus kepada kekuatan  dan mengoptimumkan potensi mereka.

9. Potensi syarikat semikonduktor kebiasaannya adalah cyclical dan sangat bergantung kepada end-market demand untuk chip-based products seperti PC, telefon pintar dan kenderaan elektrik.

10. Namun terdapat beberapa emerging structural trends yang bakal memberikan nafas baru dan mampu membuatkan industri ini bertahan lebih lama..

11. Antara harapan terbesar untuk sektor ini sekarang adalah perkembangan teknologi 5G. 

  • Teknologi ini mampu memberikan kelajuan internet yang super pantas.
  • Dengan itu, ia mampu menyokong pelbagai servis dan teknologi  pada masa hadapan yang beljum ada pada hari ini.
  • Ada analisis yang menjangkakan ‘5G’s full economic effects’ akan dirasai di seluruh dunia mejelang tahun 2035 dan ianya mampu menyumbang hingga USD13.2 trilion kepada global economy output. 
  • Bakal membuka pelbagai peluang kepada syarikat dan industri untuk menggunakan teknologi semikonduktor dalam produk dan servis mereka.

Baca : JF Tech Akan Manfaatkan Teknologi 5G Untuk Tingkat Rantaian Nilai Semikonduktor

Secara umumnya, teknologi 5G digunakan di dalam 3 jenis connected services yang utama seperti berikut.

Pertama: Enhanced Mobile Broadband

Sumber : TheNationalNews

Rangkaian 5G mampu membuka peluang kepada industri pembuatan telefon dan mobile apps dengan reka bentuk dan ciri-ciri yang baru yang hanya mampu dicapai dengan teknologi 5G. Peningkatan permintaan terhadap produk ini akan membuatkan permintaan terhadap produk-produk semikonduktor juga meningkat. 

Kedua: Mission-crictical communications

Teknologi 4G masih tidak sesuai dan dipercayai untuk digunakan dalam critical services namun, 5G akan membuka potensi mission-critical communications ini termasuklah remote control of infrastructure, automotives and healthcare services.

Automotive application and hardware yang menggunakan 5G dan teknologi semikonduktor dijangka akan mempunyai pertumbuhan CAGR sebanyak 285% di antara tahun 2021 dan 2023.

Ketiga: Internet of Things (IoT)

Telefon pintar merupakan salah satu katalis utama perkembangan industri semikonduktor namun,  penetration rates telefon pintar ini ke negara maju telah mencapai 80% dan ini bakal membantutkan growth rate mereka. 

Oleh itu, syarikat semikonduktor perlu mencari sumber pendapatan yang baru dan IoT merupakan satu alternatif. Contoh mudah produk IoT adalah smart watch dan smart TV dan perkembangan 5G akan mengembangkan lagi produk-produk ini merangkumi medical monitoring system, auto sensor untuk self-driving car dan banyak lagi. 

Menurut McKinsey Global Institute, industri ini mampu menghasilkan USD4 sehingga USD11 trilion secara global untuk pengguna dan business-to-business applications pada tahun 2025.

Kesimpulannya, teknologi akan terus berkembang seiring dengan waktu dan permintaan terhadap produk semikonduktor dilihat akan terus meningkat. Cabaran buat syarikat semikonduktor pula adalah untuk terus berinovasi dalam penghasilan produk supaya lebih kompetitif dalam pasaran. 

Kebergantungan masyarakat terhadap teknologi merupakan di antara faktor yang akan memastikan sektor ini terus mendapat permintaan dan kekal relevan. 

Sumber Rujukan: Poems

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share448ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In