• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seketika Sebelum Menyusut Kerana Kegiatan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi buat seketika pagi ini sebelum mula menyusut, didorong oleh kegiatan pengambilan untung di kebanyakan indeks merentasi pasaran.

Pada 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.58 mata kepada 1,513.24 daripada 1,520.82 pada penutupan urus niaga Khamis.

Indeks utama dibuka 3.08 mata lebih tinggi pada 1,523.90.

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 218 berbalas 148 manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,608 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 283.15 juta unit bernilai RM186.92 juta.

Seorang penganalisis berkata dalam kebimbangan berhadapan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, para pelabur terus ternanti-nanti lebih banyak pemangkin untuk pemulihan ekonomi.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam catatan penyelidikannya berkata bagi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) terus melonjak seiring dengan niaga hadapan kacang soya, sementara harga minyak mentah pula mencatatkan kerugian.

“Sektor perladangan mungkin menyaksikan peningkatan semula dengan para peniaga mengambil petunjuk daripada pengukuhan harga MSM.

“Selain itu, dijangkakan terdapatnya beberapa minat belian susulan bagi sektor sarung tangan kerana kes harian COVID-19 tempatan terus meningkat melepasi paras 10,000 tanda,” kata firma broker itu.

Dari sudut teknikal, ia berkata pelabur mungkin memantau tahap rintangan indeks utama pada 1,525-1,548, sementara tahap sokongan kekal pada 1,500.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.03, Public Bank susut satu sen kepada RM4.04, Petronas Chemicals merosot 14 sen kepada RM7.90, TNB dan CIMB masing-masing lebih rendah empat sen pada RM9.68 dan RM4.50 , sementara IHH jatuh lima sen kepada RM5.65.

Bagi saham aktif, LKL tidak berubah pada 31.5 sen, Pasukhas turun tiga sen kepada 16.5 sen dan Berjaya Land naik dua sen kepada 31 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 41.80 mata kepada 11,051.48 dan Indeks FBMT 100 turun 41.97 mata kepada 10,761.86 dan FBM ACE lebih rendah 26.81 mata kepada 7,176.04.

Indeks FBM Emas Syariah turun 60.41 mata pada 12,109.35 dan FBM 70 berkurangan 9.78 mata kepada 14,423.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 36.75 mata kepada 14,856.43, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.39 mata kepada 186.64 tetapi Indeks Perladangan untung 3.05 mata kepada 6,155.37.

— BERNAMA

Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In