• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

4 Saham REITs Yang Patuh Syariah

in Fundamental Analisis
A A
4 Saham REITs Yang Patuh Syariah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apa itu REITs? Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak tahu apa itu REITs. REITs adalah Real Estate Investment Trust atau dalam Bahasa Melayu bermaksud Amanah Pelaburan Hartanah.

Amanah Pelaburan Hartanah membolehkan pelabur untuk melabur dalam hartanah yang sebelum ini dianggap mahal pada harga yang mampu milik. 

Sebelum ini mindset kita mungkin berfikiran bahawa agak mustahil untuk membuat pelaburan dalam hartanah. 

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Kini, pelabur mempunyai pilihan alternatif untuk melabur dalam hartanah. Sudah tentulah di REITs!

Pelaburan dalam REITs membolehkan pelabur hanya membayar sejumlah kecil daripada harga hartanah yang sebenar. Pelabur diberi peluang untuk melabur dalam hartanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli hartanah tersebut secara langsung.

Baca : 6 Produk Yang Didagangkan Di Bursa Malaysia

Apakah manfaat melabur dalam REITs yang disenaraikan di Bursa Malaysia?

  1. Mampu Milik
  2. Mudah Dicairkan
  3. Aliran Pendapatan Yang Stabil
  4. Pendedahan Kepada Hartanah Berskala Besar
  5. Diuruskan Oleh Pengurusan Profesional 

Gambar rajah di bawah merupakan saham-saham REITs yang didagangkan di Bursa Malaysia. Kesemua saham ini didagangkan di Papan Utama (Main Market). Daripada kesemua saham REITs tersebut, hanya 4 saham yang patuh syariah.

Sumber: malaysiastock.biz

Jom berkenalan dengan 4 saham REITs yang patuh syariah tersebut.

1. AL-’AQAR HEALTHCARE REIT (ALAQAR) (5116)

Sumber: Alaqar

Al-’Aqar Healthcare REIT disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 10 Ogos 2006. Sejak itu, AL- Aqar telah mencapai pelbagai pencapaian. Antaranya seperti REIT Islamik pertama di dunia, REIT penjagaan kesihatan Islamik pertama di Asia dan penanda aras untuk pengembangan REIT Islamik di rantau ini. 

Ditubuhkan dengan portfolio awal sebanyak 6 hartanah, kini Al-’Aqar telah mengembangkan portfolio menjadi 23 hartanah yang terdiri daripada 17 hospital, 3 pusat kesihatan, 2 kolej dan 1 pusat rawatan & penjagaan warga emas.

Al-’Aqar diuruskan oleh Damansara REIT Managers Sdn Berhad, anak syarikat milik penuh Johor Corporation dan disokong oleh KPJ Healthcare Berhad. 

  • Modal Pasaran: RM890 juta
  • Portfolio: http://www.alaqar.com.my/our-portfolio.php
  • Hartanah Dimiliki: KPJ Damansara Specialist Hospital, KPJ Healthcare University College, Nilai, Jeta Gardens, Aged Care and Retirement Village (Australia)

Alaqar mengagihkan dividen secara konsisten di atas 7 sen sesaham setiap tahun kecuali pada tahun 2020. Suku yang terakhir, Alqar mengagihkan dividen sebanyak 2 sen bagi setiap unit saham yang dimiliki pemegang saham.

Sumber: malaysiastock.biz

2. AL-SALAM REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (ALSREIT) (5269)

Al-Salam REIT berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 29 September 2015. Bermula dengan 31 hartanah pada tahun 2015, Al-Salam REIT telah memperluas portfolio ke 54 hartanah di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 3 pusat peruncitan, sebuah bangunan pejabat, 43 buah restoran dan 7 aset lain. 

Sumber: Al-Salam REIT

Dividen yang diagihkan ALSREIT tidaklah setinggi REITs yang lain tetapi ALSREIT tetap berjaya memberi dividen kepada pemegang saham setiap tahun. Dividen yang diberi dilihat semakin menurun sejak tahun 2016. 

  • Modal Pasaran: RM278 juta
  • Portfolio: https://www.alsalamreit.com.my/retails.php
  • Hartanah Dimiliki: KOMTAR JBCC, Menara KOMTAR, Mydin Hypermarket Gong Badak, KFC dan Pizza Hut di seluruh Malaysia

Sumber: malaysiastock.biz

3. AXIS REAL ESTATE INVESTMENT TRUST (AXREIT) (5106)

Axis Real Estate Investment Trust adalah REIT pertama di Malaysia, yang disenaraikan di Bursa pada 3 Ogos 2005. Ia mempunyai pelbagai portfolio yang terdiri daripada 57 hartanah yang terletak di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah. 

Axis-REIT ditubuhkan untuk memiliki dan melabur terutamanya dalam hartanah industri dan pejabat. Objektif utama dana ini ditubuhkan adalah :

i) Menyediakan pemegang unit dengan pendapatan yang stabil dan berkembang
ii) Mencapai pertumbuhan jangka masa panjang 

Di bawah merupakan antara contoh hartanah industri dan pejabat milik Axis. 

Sumber: Axis REIT

AXREIT merupakan antara saham yang memberi dividen secara konsisten setiap tahun. Terbaharu, AXREIT mengagihkan dividen sebanyak 2.23 sen sesaham. 

4. KLCC PROPERTY HOLDINGS BERHAD (KLCC) (5235SS)

KLCC Stapled Group merupakan satu sekuriti stapled yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ia terdiri daripada dua buah entiti iaitu KLCC Property Holdings Berhad dan KLCC REIT.

KLCCP menjana pendapatannya daripada lima buah aset di dalam portfolionya yang merangkumi perkhidmatan pengurusan hartanah, REIT dan tempat letak kenderaan.

Anak syarikatnya pula terdiri daripada KLCC Urusharta Sdn bhd, KLCC REIT Management Sdn Bhd dan KLCC Parking Management Sdn Bhd. 

KLCC REIT memiliki tiga buah hartanah seperti berikut :

Baca sini sekiranya ingin tahu lebih lanjut mengenai KLCC.

Sumber: malaysiastock.biz

KLCC antara REITs yang memberikan dividen tertinggi setiap tahun. Meskipun, KLCC mencatatkan kerugian pada suku keempat tahun 2020, KLCC tetap berjaya memberi dividen sekurang-kurangnya 30 sen sesaham pada 2020. 

Meskipun dividen sesaham KLCC adalah yang paling tinggi, harus diingatkan bahawa harga semasa KLCC turut lebih mahal berbanding REITs yang lain. Oleh itu, dividend yield KLCC tetap hampir sama dengan REITs yang lain.

  • Modal Pasaran: RM12.619 bilion
  • Hartanah Dimiliki: PETRONAS Twin Towers, Menara 3 PETRONAS, Menara ExxonMobil

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share1189ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

7 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

7 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

7 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In