• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KAB Sasar Teroka Kerjasama Projek Menara Telekom Di Filipina

in Catalyst
A A
KAB Peroleh Kontrak Bernilai RM57.1 Juta

Kredit gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Kejuruteraan Asastera Bhd (KAB) telah menandatangani memorandum persefahaman tiga pihak dengan konglomerat dari Filipina, LCS Holdings Inc dan ATS Venture Group Sdn Bhd untuk melaksanakan projek menara telekomunikasi di negara berkenaan.

MoU yang ditandatangani hari ini memperkukuhkan hasrat LCS untuk bekerjasama dengan KAB secara penyelesaian siap guna bagi membina dan mengendalikan projek menara telekomunikasi, kontrak yang telah pun diperolehi oleh LCS, kata syarikat kejuruteraan elektrik dan mekanikal itu.

“KAB akan memainkan peranan utama dalam pengaturan kewangan sementara ATS akan menjadi rakan teknologi utama bagi menyokong projek ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan KAB, Datuk Lai Keng Onn berkata MoU itu merupakan pencapaian terpenting yang baharu bagi penerokaan syarikat dalam industri telekomunikasi.

“Penglibatan dalam segmen perniagaan baharu ini (pembinaan dan pengoperasian menara telekomunikasi akan meningkatkan pendapatan berulang KAB secara berterusan, selain perniagaan yang ada, “katanya.

Di bawah projek itu, KAB merancang untuk melabur dan membina 300 menara telekomunikasi, yang masing-masing setinggi 45 meter.

“Saya berharap untuk secara bersama membangunkan kerjasama strategik jangka panjang ini dengan LCS bagi menyokong industri telekomunikasi Filipina, yang telah berkembang pesat selama bertahun-tahun, seiring dengan kepesatan permintaan rakyat Filipina untuk berkomunikasi melalui telefon bimbit, mengakses maklumat melalui internet, penstriman serta memuat turun video,” kata Lai.

Selepas projek itu siap, menara telekomunikasi ini akan disewakan kepada Dito Telecommunity Corporation di Filipina, yang dimiliki secara bersama oleh China Telecommunications Corporation, syarikat induk China Telecom, untuk jangka waktu 15 tahun dengan opsyen lanjutan selama 10 tahun lagi.

Konsesi jangka panjang yang ditandatangani dengan Dito ini akan meningkatkan pendapatan berulangnya untuk 25 tahun akan datang.

“Aliran pendapatan baharu ini, yang akan memberikan sumbangan positif kepada KAB, dijangka memberikan pendapatan sebanyak RM15 juta dengan keuntungan sekitar RM3 juta setahun,” tambahnya lagi.

— BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In