• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah bagi kaunter terpilih yang berlanjutan sejak semalam.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.66 mata kepada 1,521.22 berbanding 1,519.56 pada akhir dagangan Selasa.

Sewaktu dibuka pagi ini, indeks penanda aras tersebut naik 1.21 mata kepada 1,520.77.

Di pasaran meluas, kaunter untung dan rugi adalah setara pada 161 manakala 295 kaunter lain tidak berubah, 1,610 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 453.91 juta unit bernilai RM165.38 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian tersebut bagaimanapun dijangka lebih terbatas berikutan kebimbangan terhadap lonjakan kes harian COVID-19 negara ini yang mencecah paras tertinggi baharu apabila lebih banyak kes varian Delta dikesan.

Dalam pada itu, firma pembrokeran itu berkata pihak Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata pasaran minyak juga dijangka lebih terhad apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) dikatakan akan mengekalkan paras pengeluaran walaupun permintaan global meningkat akibat pertumbuhan ekonomi serta kadar pemberian vaksinasi yang dijalankan.

Harga minyak mentah melepasi paras US$75 setong manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan hampir RM4,000 satu tan.

“Memandangkan harga minyak global itu kekal melebihi US$76 setong, kami menjangkakan minat belian ketara akan membabitkan kaunter saham minyak dan gas.

“Peniaga juga dijangka menumpukan kaunter sarung tangan bagi dagangan jangka pendek susulan peningkatan kes COVID-19 tempatan. Selain itu, minat terhadap saham teknologi juga dijangka berlaku pada masa terdekat,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dari segi prospek teknikal, ia berkata FBM KLCI dijangka mendapat sokongan melepasi paras 1,500 manakala paras rintangan pada 1,525-1,548.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan TNB masing-masing naik satu sen kepada RM8.07 dan RM9.67, Public Bank dan CIMB menokok dua sen kepada RM4.10 dan RM4.52 manakala Petronas Chemicals dan IHH tidak berubah pada RM8.10 dan RM5.64. 

Bagi kaunter paling aktif, Lambo tidak berubah pada satu sen, Pelikan naik satu sen kepada 49 sen manakala Pasukhas meningkat empat sen kepada 37 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.46 mata kepada 11,062.95, Indeks FBMT 100 meningkat 7.92 mata kepada 10,781.08 dan Indeks Syariah FBM Emas menambah 0.87 mata kepada 12,097.47. 

FBM ACE naik 42.25 mata kepada 7,115.53 namun FBM 70 turun 4.63 mata kepada 14,302.68. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 36.51 mata kepada 14,972.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.04 mata kepada 187.09 manakala Indeks Perladangan turun 14.06 mata kepada 6,228.07.

— BERNAMA 

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In