• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini, Didorong Oleh Minat Belian Sederhana

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, dirangsang oleh minat belian sederhana dalam kebanyakan indeks selepas mempamerkan prestasi lemah semalam.

Pada jam 9.08 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.05 mata kepada 1,518.94 daripada 1,512.89 pada penutupan urus niaga Isnin.

Indeks utama dibuka 0.94 mata lebih tinggi pada 1,513.83.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 171 berbalas 141 manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,657 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan ialah 305.54 juta unit bernilai RM140.31 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, di sebalik sentimen negatif di pasaran disebabkan oleh perkembangan politik tempatan dan kemungkinan semakan semula ke atas unjuran pertumbuhan ekonomi negara, aktiviti membeli ketika saham berharga murah telah muncul, didorong oleh peningkatan kadar pemberian vaksin seluruh negara.

“Melihatkan kepada peningkatan dalam kadar vaksinasi dan jumlah harian COVID-19 mencatatkan sedikit penurunan, pasaran mungkin menyaksikan minat belian muncul dalam beberapa saham bertemakan pemulihan seperti kaunter penting – pengguna, hartanah dan perbankan.

“Selain itu, saham teknologi akan mengambil peluang untuk terus meningkat berikutan prestasi positif Nasdaq, dan kami percaya pengeluar pembungkusan plastik juga akan berkembang,” kata firma pembrokeran itu dalam satu nota hari ini.

Dari sudut teknikal, ia berkata tahap halangan ditetapkan pada 1,525-1,548, sementara sokongan pada sekitar 1,500 untuk FBM KLCI.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.09, Public Bank pulih empat sen kepada RM4.12, Petronas Chemicals meningkat  tujuh sen kepada RM8.11, sementara TNB dan IHH masing-masing menambah dua sen kepada RM9.70 dan RM5.66.

Bagi saham aktif, Ramssol naik 19.5 sen kepada 64.5 sen, Straits Inter Logistics meningkat satu sen kepada 24 sen dan Pasukhas yang juga muncul sebagai saham paling untung, mengukuh 21 sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 33.63 mata pada 11,037.33, Indeks FBMT 100 mengembang 35.44 mata kepada 10,757.08 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 34.75 mata kepada 12,044.25.

FBM ACE meningkat 30.64 mata kepada 7,053.23 dan FBM 70 naik 17.97 mata kepada 14,240.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 46.70 mata kepada 14,981.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.72 mata kepada 186.52, dan Indeks Perladangan naik 2.21 mata kepada 6,244.23.

— BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In