• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Raih Sehingga RM1.024 Bilion Daripada Cadangan Terbitan Hak

in Catalyst
A A
AirAsia Yakin Perniagaannya Kembali Pulih Pada Pertengahan Tahun 2021

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AAGB) bercadang untuk melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga RM1.024 bilion dalam nilai nominal Sekuriti Hutang Islam Boleh Tebus Boleh Tukar dan Tidak Bercagar (RCUIDS) untuk tempoh tujuh tahun dengan nilai nominal sebanyak RM0.75 setiap satu berdasarkan dua RCUIDS dengan satu waran boleh dipisahkan secara percuma bagi setiap enam saham biasa yang dipegang.

Langkah itu dijangka mengumpul hasil kasar antara RM615.9 juta dan RM1.024 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

AAGB berkata hasil tersebut akan digunakan, antara lain, untuk penyelesaian lindung nilai bahan api; pembayaran sewa dan penyelenggaraan pesawat; modal kerja am; dan untuk unit perniagaan AirAsia Digital Sdn Bhd.

“Cadangan terbitan hak itu dilaksanakan susulan beberapa perkara yang tidak dijangka di luar kawalan kumpulan, terutamanya disebabkan penularan pandemik COVID-19 di peringkat global yang telah memberikan cabaran kepada industri penerbangan.

“Sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pelbagai kerajaan di seluruh dunia telah menyebabkan trafik penumpang masuk dan keluar merosot dengan ketara bagi kumpulan dan ketidaktentuan mengenai prospek dan operasi kumpulan pada masa depan,” katanya.

RCUIDS memberi peluang kepada pemegang saham yang layak untuk melanggan sekuriti hutang berkaitan ekuiti tidak bercagar dengan kadar keuntungan yang menarik sebanyak 8.0 peratus setahun.

AAGB berkata cadangan terbitan hak itu akan berfungsi sebagai langkah interim untuk menangani keperluan aliran tunai jangka pendek, selain syarikat terus mengkaji pilihan lain yang ada dan/atau cadangan korporat untuk meningkatkan prestasi kewangan kumpulan dalam jangka masa panjang.

— BERNAMA

Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In