• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Membeli Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga minggu ini dengan nada yang lebih tinggi, dirangsang oleh kegiatan membeli ketika saham berharga murah yang berterusan sejak Jumaat minggu lepas.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.32 mata kepada 1,522.90 daripada penutupan Jumaat lepas iaitu 1,520.58.    

Indeks utama dibuka 1.65 mata lebih tinggi pada 1,522.23.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 197 berbalas 149 manakala 263 kaunter tidak berubah, 1,608 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan ialah pada 240.37 juta unit bernilai RM111.88 juta. 

 Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur cenderung untuk mengambil sikap berhati-hati berikutan kekurangan petunjuk baharu selain bimbang dengan perkembangan politik semasa serta kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi, yang mungkin menenggelamkan kadar peningkatan pemberian vaksin yang semakin baik.

“Sementara itu, pasaran akan turut memantau data jualan pengeluaran industri dan runcit Malaysia  yang akan diumumkan hari ini. Bagi komoditi pula, kedua-dua harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah dilihat terus meningkat, ” kata firma broker itu.

Ia turut menambah sektor teknologi dijangka menjadi tumpuan, didorong oleh prestasi semalaman yang positif di Wall Street.

“Kami yakin situasi kawalan pergerakan di Malaysia secara beransur-ansur mereda dan itu mungkin menjadi pertanda baik untuk saham bertemakan pemulihan seperti pelancongan, penerbangan, harganah dan pembinaan.

“Selain itu, kaunter tenaga dan perladangan mungkin meningkat sedikit seiring dengan harga komoditi,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM8.11, Public Bank naik satu sen kepada RM4.04, TNB susut tiga sen kepada RM9.66, sementara Petronas Chemicals, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM8.06, RM5. 61 dan RM4.49.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik meningkat 1.5 sen kepada 47 sen, YBS melonjak 7.5 sen kepada 43 sen, Asdion turun 9.5 sen kepada 32 sen dan MPay menambah satu sen kepada 26 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.18 mata pada 11,092.29, Indeks FBMT 100 mengukuh 21.84 mata kepada 10,803.76, dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.63 mata kepada 12,132.41.

FBM ACE mengembang 50.58 mata kepada 7,225.62 dan FBM 70 naik 50.00 mata kepada 14,374.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 28.42 mata kepada 14,984.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.22 mata kepada 187.74 dan Indeks Perladangan naik 17.97 mata kepada 6,308.40.

— BERNAMA 

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In