Siapa yang tidak kenal dengan salah seorang pakar pemasaran terkenal negara iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman? Beliau merupakan pengasas RichWorks International Sdn Bhd sebuah syarikat yang menganjurkan acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Sumber: The Star
Kejayaan beliau sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana ramai usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing hasil bimbingan beliau. Antaranya adalah Sabella yang terkenal dengan slogan “baju tanpa gosok”.
Pengasas Sabella merupakan salah seorang usahawan yang dibimbing oleh Dr Azizan Osman.
Baca : Superbrands Malaysia 2020 Beri Penghormatan Kepada 22 Syarikat Ini
Kita telah berkenalan serba sedikit dengan Dr Azizan Osman. Sekarang kita sambung semula kepada intipati utama artikel ini.
Pada 17 Jun 2021 yang lalu, Datuk Wira Dr Azizan Osman menggegarkan dunia pelaburan saham dengan berita beliau membeli sebanyak 44 juta saham MPAY. Jumlah saham yang banyak tersebut terus menjadikan beliau antara pemegang saham utama syarikat tersebut.
Namun beliau tidak berhenti setakat itu sahaja kerana baru-baru ini pada 9 Julai 2021, beliau membeli sebanyak 45 juta unit saham MPAY lagi melalui private placement.
Baca : Apa Itu Private Placement
Sumber: Bursa Malaysia
Ia menjadikan beliau kini mempunyai sejumlah 89 juta unit saham MPAY!
Mesti anda ingin tahu siapa pula MPAY ini kan? MPAY adalah penyedia pembayaran elektronik ‘end-to-end’ bagi bank dan institusi kewangan, peruncit serta pemegang kad yang beroperasi di negara ini.
Sudah pasti Dr Azizan Osman melihat potensi yang dimiliki syarikat ini kerana kebanyakan perniagaan akan menggunakan kaedah pembayaran elektronik di masa hadapan. Oleh itu, di Bursa Malaysia pula, ManagePay System Berhad (MPSB) merupakan salah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan tersebut.
Anak syarikat milik penuh ManagePay Systems Bhd iaitu ManagePay Services Sdn Bhd telah mengemukakan permohonan lesen bank digital kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Syarikat tersebut memaklumkan kepada Bursa Malaysia, permohonan itu disokong oleh tiga rakan kongsi strategik tempatan. Tiga buah syarikat tersebut adalah Trustgate Berhad, Crescent Capital Sdn Bhd dan Richworks International Sdn Bhd.
Ketiga-tiga buah syarikat ini dilaporkan bersetuju untuk melabur sebanyak 45% dalam ekuiti MPSB sekiranya permohonan tersebut berjaya.
Sumber: Bursa Market Place
Gambar di atas diambil daripada Bursa Market Place. Ia menunjukkan Dr Azizan Osman kini berada di tempat kedua pemegang saham utama MPAY. Untuk pengetahuan anda, maklumat yang diambil dari Bursa Market Place belum lagi dikemas kini dengan penambahan jumlah unit saham oleh Dr Azizan Osman.
Setelah Dr Azizan menambah 45 juta unit saham lagi, jumlah keseluruhan saham yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak 89 juta unit. Walaubagaimanapun, kedudukan Dr Azizan di tempat kedua teratas masih tidak berubah kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara pemegang saham terbesar syarikat dan tempat ketiga.
Pemegang saham terbesar MPAY masih lagi Datuk Chew Chee Seng dengan pegangan sebanyak 182.15 juta unit. Datuk Chew Chee Seng merupakan pengasas dan juga pengarah urusan ManagePay System Berhad.
Sumber: The Star
Artikel ini hanyalah sebagai perkongsian berita semasa untuk dikongsikan bersama pembaca. Sebarang nama saham yang dikongsikan di dalam artikel ini bukan bertujuan sebagai satu saranan belian. Pembaca perlu membuat kajian sendiri terhadap mana-mana saham yang ingin dibeli. Setiap pembelian saham adalah atas risiko masing-masing.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




