KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh AwanBiru Technology Bhd (Awantec), Prestariang Systems Sdn Bhd (PSSB) memperoleh kontrak bernilai RM22.78 juta daripada Kementerian Pendidikan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Awantec berkata kontrak tiga tahun itu yang berkuatkuasa 9 Julai, 2021, adalah untuk membekalkan G Suite Enterprise Software for Educations bagi sekolah di bawah kementerian tersebut.
“Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat persetujuan kepada PSSB pada 8 Julai, 2021, dan terma transaksi akan terkandung dalam kontrak rasmi yang akan dimeterai antara kedua-dua pihak,” kata syarikat itu.
— BERNAMA




