• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Semasa Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti belian saham berharga rendah yang menyokong indeks petunjuk pasaran untuk kekal melepasi paras 1,500.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.15 mata kepada 1,513.86 daripada 1,508.71 sewaktu ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.35 mata lebih rendah kepada 1,508.36. 

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 197 kepada 126, manakala 246 kaunter tidak berubah, 1,634 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 240.14 juta unit bernilai RM135.80 bilion.

Malacca Securities menjangkakan, sentimen dagangan semasa yang berhati-hati akan berlanjutan akibat kekurangan pemangkin positif baharu.

“Bagaimanapun, kami yakin aktiviti belian saham berharga rendah mungkin berlaku dalam tempoh yang terdekat susulan aktiviti jualan yang ketara dan keadaan terlebih jual di seluruh papan. Mengikut sektor, harga minyak telah menyaksikan lonjakan semula susulan pengurangan inventori yang meningkat,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurut firma broker itu, pelabur akan menyaksikan minat belian yang sederhana dalam sektor tenaga selepas jualan besar-besaran semalam dengan harga minyak kekal melebihi US$74.

“Selain itu, aktiviti belian saham berharga rendah akan berlaku di sektor-sektor seperti pengangkutan dan logistik dan saham pengguna penting seperti saham teknologi,” menurut Malacca Securities. 

Bagi saham aktif, Maybank naik enam sen kepada RM8.09, TNB menokok enam sen kepada RM9.68, dan Public Bank dan Petronas Chemicals menambah satu sen masing-masing kepada RM4.06 dan RM8.00, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.60 dan Press Metal Aluminium susut tiga sen kepada RM4.90. 

Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 46.5 sen, MYEG melonjak enam sen kepada RM1.68, Pelikan menambah dua sen kepada 40.5 sen, T7 Global menokok setengah sen kepada 36.5 sen, manakala Macpie dan AE Multi Holdings tidak berubah, masing-masing pada tujuh sen dan lima sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas 34.27 mata lebih tinggi kepada 11,023.02, Indeks FBMT 100 menokok 32.69 mata kepada 10,737.0 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 30.72 mata kepada 12,044.21. 

FBM ACE meningkat  89.75 mata kepada 7,153.27 dan FBM 70 menokok 28.53 mata kepada 14,275.93. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 58.12 mata kepada 14,934.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindusrian turun 0.11 mata kepada 186.37 dan Indeks Perladangan naik 18.08 mata kepada 6,294.92.

— BERNAMA 

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In